Friday, 10 March 2017

'Radang Saraf Wajah Bukan Stroke'



Bismillahirahmanirahiim
Assalamualaikum & salam sejahtera.

Ingatlah sesungguhnya tidak ada sebarang syarat untuk kita semua mati. Sakit yang kita hidapi tuh bukanlah syarat utk kita mati hari nih esok atau pada bila-bila masa yang telah ditentukan oleh pemilik agung Allah Azzawajalla. Kesempatan nih juga saya ingin nyatakan bahawa akaun facebook terbaharu saya tak macam dahulu.Kerana akaun facebook dahulu dipenuhi dengan banyak cerita tentang saya. Saya rasa boleh kira lah cerita peribadi dalam fb baharu nih.. Hehe jumlah rakan fb pun tak macam akaun dahulu cecah 4000 lebih. Saya bukan sebuah pesawat terbang bila hilang satu dunia yang akan cari. Apabila misi pencarian itu gagal,mereka menangis.


Saya juga bukanlah orang penting dalam mana-mana organisasi. Tak kira lah organisasi politik atau badan-badan swasta .Keadaan kini jauh sekali berbeza jika nak dibandingkan dengan masa lalu yang meninggalkan. Bila ingat balik tentang masa lalu yang banyaknya menghancurkan atas apa yang dibina,kini saya ada sedikit sahaja perasaan sakit hati dengan orang-orang melayu. Kita selalu cakap tentang peribahasa,kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Begitu lah apa yang saya praktikalkan berdasarkan prinsip tidak akan mengalah sampai bila-bila. Ok berbalik pada tujuan saya ‘update’ blog saya ini,bukanlah nak kutuk orang melayu.tapi saya nak cerita tentang sedikit pengalaman atas ujian terhadap kesihatan yang dianugerahkan.


Hari nih manapun saya pergi ramai yang menyangka bahawa saya nih saban hari mampu menjalani hari tanpa masalah2. Hakikatnya disebalik senyum tawa gembira terlindung dengan kesedihan atas segala alasan yang tercipta. Macam-macam saya lalui bagi meraih hidup yang berkualiti.terutama dari aspek kesihatan. Sampai ada ketika saya merungut dengan berkata : Lepas satu,satu,,, lepas kaki,tangan pula yang sakit, lepas tuh mata plak pastu muka pulak yang senget… Entahkan ada umur ke tidak waallahualam.


Semalam 9 Mac 2017 terjawab sudah kes saya di Hospital Besar Kuala Lumpur. Pada 19 Januari lalu,saya mengalami dan disyaki mengidap stroke pada wajah.kelihatan wajah Ramai yang tak dapat lihat saya ketika itu.hanya ahli keluarga sahaja yang tahu. Wajah saya mereng/senget disebelah kiri lalu sukar untuk saya berkomunikasi secara lisan sesempurna sebelum ini. Jabatan pesakit luar HKL ketika itu telah membekalkan ubat kepada saya yang diambil sekali sehari 6 biji sebelum tidur. Doktor ketika itu telah mengarahkan saya untuk rujuk pakar neurologi .Saya pulang kerumah dengan seribu perasaan bimbang dan sedih. waktu tuh saya telah menghantar berita ini kepada adik saya.Secara kebetulan adik saya bantu saya untuk search tentang ubat apa sampai 6 biji tuh saya kena makan. Saya ambil ubat tersebut selama 5 hari.


Alhamdulillah akhirnya pulih seperti biasa. Oleh kerana perasaan takut jika berulang kembali saya menghadiri temujanji bersama pakar di klinik Neurologi seperti yang telah ditetapkan. yakni pada 9 Mac 2017. Doktor memeriksa saya keseluruhannya dan mengesahkan bahawa saya mengidap penyakit 'bell's palsy'. Dan telah pulih sepenuhnya. Disebabkan saya bukan seorang doktor, saya bertanya lanjut apakah itu? Lalu doktor tersebut menerangkan bahawa,



"Penyakit nih adalah sejenis radang saraf muka yang menyerang individu atas sebab jangkitan kuman yang menyerang salah satu saraf dibahagian muka. Dalam banyak-banyak pesakit, encik 1 daripada 1000 yang datang jumpa saya setelah pulih sepenuhnya. Tahniah"
Saya tanya lagi apakah ianya akan berulang? Lalu doktor tuh jawab mungkin tetapi dalam banyak kes tak pernah berulang. Saya tarik nafas lega,dalam masa yang sama masih tak berpuas hati dengan jawapan doktor tersebut. Risau & bimbang tuh wujud dalam benak akal.
Semalam,saya di ‘neurology clinic’ saya dapat melihat pelbagai jenis manusia yang sengsara akibat pelbagai penyakit saraf. Daripada yang kelihatan sempurna hinggalah saya dapat melihat terlalu ramai orang berkerusi roda. Daripada kanak2 hingga ke usia tua. Saya tak tahan sangat,lalu saya pergi ke bilik air meluahkan isi hati mereka yang menderita. Terfikir saya sejenak..nasib saya tak tahu lagi macam mana. :(

Apapun, saya gembira saat ini dan syukur atas nikmat hidup yang diberikan kepada saya.Harapan saya sebelum saya tutup mata, saya nak capai apa yang masih belum capai.kalau saya dah tak ada, apa yang telah saya capai saya nak waris sambung pencapaian saya. Saya punya perancangan macam tuh. Itupun jika tuhan izinkan.
Setelah selesai semalam, Saya pulang kerumah dan mencari bahan bacaan tentang radang saraf wajah ini..Menurut artikel yang saya baca tuh salah satu perkara yang boleh terjadi penyakit nih adalah mandi pada waktu malam,,, Allahuakbar..patutlah Almarhum ayah saya cukup pantang kalau kami antara adik beradik mandi malam. Kalau nak kena maki mandilah malam2... Hahah Semuanya dah pun tinggal kenangan.

Yelah kan saya pernah cakap kepada sesiapa sahaja yang ada dikeliling saya bahawa kalau boleh saya tidak mahu untuk sakit walau demam sekalipun. Kerana jika saya sakit kualiti hidup terganggu, fikiran pun jadi nak cepat-cepat masuk dalam liang lahat tuh. Jadi selagi hidup nih masih diamanahkan, semoga Allah berikan kesihatan yang baik macam dahulu kepada saya.-Aamiin
Saya tulis bukan nak mintak simpati,tetapi saya mahu ajak setiap daripada kita nih yang ada nafas lagi nih bersyukurlah tiap denyut nadi yang dikurniakan. Bersyukurlah kiranya kita ditimpa musibah atau penyakit. Kerana bila kita ditimpa kesusahan dalam apa jua hal & keadaan itu tandanya Allah Taala masih melihat kita dengan kasihnya yang tak perlu untuk kita bayar walau se sen pun. Saya rasa ramai yang setuju tentang apa yang saya katakan nih.





Saya sekadar kongsi,dan berdoalah agar Allah panjangkan umur saya dengan nikmat kesihatan yang baik untuk sisa hidup yang masih berbaki ini..Harapan saya terlalu besar dalam hidup ini.Sahabat -sahabat & saudara yang dikasihi sekalian saya mengakhiri hujah saya dengan sabda junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W






Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:"Tiap-tiap penyakit itu (ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut,maka sembuhlah dengan izin Allah" - (Riwayat Muslim dan Ahmad)

Wednesday, 27 July 2016

45 Hari Yang Tragis

Bismilahirahmanirahiimm... 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera 


Perkhidmatan aku di IPD S/B telah ditamatkan secara tidak rasmi pada 30 Jun 2015. Aku masih lagi menyebut tentang perkara ini,bukanlah kerana aku tak redha,jauh sekali tidak rela,tetapi ianya tragis bila mana berlaku penindasan terhadap diri nih...Siapa sangka seorang pensyarah macam aku nih yang hanya meletakkan tandatangan di atas kertas kerja pelajar,yang seringkali menggunakan pen merah,yang menulis nota pembelajaran di papan putih,tak cukup dengan itu, seorang insan kerdil yang diiktiraf dalam direktori pakar industri Negara,lantas yang membangunkan modul pembelajaran di ipd selama lebih 5 tahun tepaksa pasrah untuk mengangur. Jumlah hari aku mengangur adalah selama 45 hari cukup membebankan hingga habis duit simpanan semasa dikeluarkan untuk biayai segala bentuk liabiliti dalam menjalani hidup yang panjang ini. Terus terang aku katakan tidak ada saudara yang sudi membantu,apatah lagi kawan-kawan. Mungkin ekspresi wajah aku yang ketika itu dirundung duka sepatutnya diselubungi kebimbangan mampu melemparkan senyuman kepada semua orang sambil berbisik dalam hati bahawa Allah itu sentiasa ada untuk aku.Nak tahu lagi? Ketika itu, kereta aku hampir kena tarik kerana kelewatan bayaran. Aku cukup tertekan pada ketika itu.Kekangan tersebut hingga menerbitkan rasa benci yang teramat kepada pihak pengurusan IPD S/B kerana melakukan sedemikian kepada aku. Aku nak semua orang tahu tentang perkara ini. Bukan nak mengaibkan,tetapi lebih kepada luahan hati tika aku masih tidak redha & rela ditamatkan perkhidmatan serta merta.Rentetan tindakan itu, atas sebab marah yang teramat, aku mengheret perkara itu ke pejabat buruh. Aku amat sedih dan kecewa bila mana pejabat buruh pun, keadilan tidak berpihak pada aku. Kalau nak cerita hal pejabat buruh, panjang lagi entri nih.Jadi aku akan ceritakan hal pejabat buruh di entri akan datang dengan izinNya.Tambahan aku berhasrat nak sebut semula kes tersebut.Masih dalam anganku. 8 tahun 4 bulan aku berkhidmat disana adalah satu jangka masa yang panjang.Aku antara pejuang yang selalu menyelamatkan struktur pembelajaran di IPD dan terdapat undang-undang yang dianggap sebagai penindasan kepada pelajar,tetapi aku berdiri disebelah organisasi.  Ketika aku berkhidmat, akulah yang melaksanakan undang-undang tersebut tanpa kompromi. Diplomasi dalam komunikasi juga di praktikkan agar tidak berlaku kejatuhan IPD. Risiko bila mana melaksanakan undang-undang dan disiplin terhadap pelajar IPD aku anggap ianyanya sebahagian tanggungjawab aku. Fikir aku,biasalah bila berjuang tak dapat tumbuk muka aku, kereta aku pun jadi mangsa. Tapi Alhamdulillah,aku boleh dikatakan berjaya menjadi seorang pendidik yang berdedikasi. Inilah perjalanan kerjaya di IPD. Macam-macam aku buat untuk IPD. Sampai ada yang cakap aku nih anak kepada Haji Ibrahim. Setia & taat tuh prinsip aku sejak dahulu.Baik panjang lagi cerita IPD nih plak.. Hehehe..

Ketika sibuk mencari kerja di kota besar nih, aku memohon banyak kerja. Antara bidang keutamaan adalah pendidikan kemahiran. Maknanya jika mana-mana kolej yang membuka peluang kerjaya dalam bidang kemahiran diberi keutamaan pada aku untuk memohon sebarang jawatan. Dalam masa 45 hari yang aku lalui bermula dari puasa pertama lagi, aku telah mula mengoperasikan pengedaran 'curriculum vitae'. Mana-mana syarikat yang memanggil utk temuduga aku hadir temuduga tersebut & mengisi borang permohonan tanpa rasa malu sedikitpun. Aku hampir menjadi seorang pengurus restoran makanan segera. Aku juga hampir menjadi seorang pengurus stesen lrt. Aku juga hampir menjadi pemandu tren lrt. Aku juga telah menjadi seorang ‘housekeeper’ bila mana aku menerima tawaran kerja yang bertajuk 'Assistant Front Office Manager', tetapi bila aku hadir lapor diri berlaku perlaksanaan deskripsi tugas yang lain. Selain daripada tuh, aku telah ditawarkan menghadiri temuduga sebagai pensyarah di Reliance College , Perfect Tourism Center, Geomatika International College, dan ada satu lagi kolej yang berhadapan Geomatika tuh, aku dah tak ingat dah apa namanya kerana aku mendapati bahawa pengurusan kolej tuh mempunyai hubungan intim dengan IPD. Oleh kerana itu aku yang tolak tawaran yang gah tersebut kerana memikirkan untuk jangkamasa yang panjang. Semasa sesi temuduga di Reliance College aku buat sehabis baik, menepati kehendak dua belah pihak. Tetapi disebabkan tangga gaji yang agak rendah untuk orang yang berpengalaman seperti aku,membuatkan aku berfikir dua tiga kali untuk menerima tawaran dari Reliance College. Maka Bermulalah coretan aku di RHA S/B dimana sebelum pulang berhari raya aku telah menghantar permohonan sebagai tenaga pengajar secara pos kepada pihak RHA S/B

Berkat ketabahan & kekuatan yang Allah taala kurniakan kepada aku yang lemah dan tak berdaya ketika itu, aku telah dilamar oleh RHA S/B. Aku hampir lupa tentang permohonan tersebut. Sebab terlalu banyak permohonan yang aku buat. Tanggal 10 Ogos 2015 aku telah hadiri temuduga di RHA S/B kehadiranku penuh makna buat mereka. Meraka yang cakap bukan aku cakap. Sebagai pengenalan, RHA S/B adalah sebuah kolej yang menjalankan program pembelajaran peringkat diploma. Diploma tersebut adalah dianugerahkan oleh IATA daripada Canada. Mereka yang aktif dalam bidang pelancongan mesti tahu tentang IATA. Kolej yang diberi lesen untuk menjalankan program IATA hanya  tiga (3) sahaja dalam Malaysia nih.  Salah satu daripadanya adalah RHA. Untuk tujuan seterusnya boleh lah layari laman sesawang www.rha.edu.my. Hehehehe


Setibanya aku hadir untuk sesi temuduga yang santai dan tidak terlalu ketat seperti sebelum-sebelum nih, Pengarah yang menemuduga aku. Riak wajah dan situasi temuduga bagai menganggap aku nih merupakan kawan-kawan beliau bukan sebagai calon pekerja. Aku diminta untuk buat satu persediaan pembelajaran dalam bentuk microsoft power point. Aku tersenyum bila menerima cabaran yang tak berapa mencabar tuh. Lalu aku percepatkan pembentangan yang sepatutnya diadakan pada minggu seterusnya kepada satu tarikh yang mulia iaitu 14 Ogos 2015 / Jumaat jam 11 pagi. Pengarah bersetuju dengan tarikh yang aku cadangkan. 

Aku balik kerumah dengan titik redha dan pasrah. Dan terus membuat persediaan yang mantap untuk tugasan tersebut. Pada 14 Ogos 2015 aku mula rasa bedebar debar. Rasa tuh tak sama seperti temuduga dan hari-hari yang aku lalui sebelum nih.  Aku pun meneruskan sesi pembentangan tersebut seperti yang direncanakan. Antara yang hadir dalam sesi pembentangan tersebut adalah Pengarah, Pengarah Urusan, Pegawai Sumber Manusia, Pegawai Akaun, & rakan2 sejawat untuk menyaksikan pembentangan tersebut seterusnya menentu sahkan kelayakkan aku menyertai RHA dalam jabatan akademiknya. Tajuk aku senang je. Aku buat tajuk 'Introduction To The Air Fares & Ticketing'. Alhamdulillah sesi tersebut berjalan lancar. Aku menemui pengarah yang menunggu di biliknya bagi mengucapkan kata akhir. Akhirnya beliau memutuskan bahawa, aku diterima bekerja dan tarikh aku melaporkan diri pada 17 Ogos 2015/ Isnin. Alhamdulillah…



Kini hampir setahun aku bersama dengan RHA S/B. Aku terus melangkah kehadapan tanpa melupakan terus apa yang terjadi semalam. Dalam hatiku terus berkata akhirnya aku nih berkerja juga dibawah organisasi yang diterajui oleh orang bukan melayu :). Aku senyum melihat diriku sendiri saban hari dihadapan cermin. Dan aku tanya layak kah mereka dijulang? Siapa mereka? Mereka yang aku maksudkan adalah terdiri dari bangsa aku sendiri. Layakkah mereka mendapat tempat dalam hati aku? Kesakitan di masa lalu sememangnya memberi impak pada masa kini. kalian lihatlah aku hari nih dan bandingkan dengan dahulu. Semestinya aku akui aku pernah kutuk secara terang terangan bangsa aku sendiri,pada ketika itu,ramai yang mengecamnya. Tak kurang juga yang cop aku nih 'racist'. Aku punyai pendirian. Hari nih aku terus mengiyakan setiap kutukan terhadap orang melayu.Jika ada yang mengatakan bahawa orang melayu tak pandai berniaga, maka betul lah apa yang mereka katakan.dan aku rasa banyak yang telah dibuktikan. 



Kalian bacalah apa yang tersurat dan fahamkan betul-betul apa yang aku mahu sampaikan. Di sini, aku belajar banyak perkara. Aku seperti dahulu juga dibebani tugas yang bertimbun,tetapi dalam timbunan tuh penuh pengisian. Aku tidak sembang ketat-ketat,tapi habuk pun tak ada. Aku belajar bagaimana nak dapatkan peluang.Bagaimana nak mengatasi masalah dari satu peringkat ke peringkat seterusnya. Aku belajar menerima dan mengatasi masalah persaingan. Yang paling penting kat sini aku belajar macam mana nak menguruskan kolej dengan lebih lanjut. Aku akui di IPD S/B pun aku belajar tapi nilainya terlalu sedikit berbanding disini. Di sini, masing-masing jaga diri sendiri. Masing-masing berkorban jiwa raga untuk majikan yang akhirnya di akhiri dengan pelbagai program insentif. Di IPD ?  Hanya cukup sekadar gaji yang diterima setiap bulan, jauh sekali mensyukuri apa yang diberi Tuhan. Aku cakap benar. Ramai cakap, aku antara orang yang berani apabila aku mengheret isu tamat perkhidmatan ke mahkamah buruh. Banyak lah cerita tentang IPD.Maklum 8 tahun 4 bulan punya cerita 100 entri pon belum tentu tamat kesudahannya. hahaha 


Acap kali aku ucap syukur atas nikmat ini...Alhamdulillah. Betul kata setiap falsafah tentang kesabaran yang dipapar melalui media sosial. Tetapi Aku tetap ingin rakamkan kisah 45hari nih dalam blog nih sekadar untuk mengingatkan kepada semua pembaca. Cuba tanya diri sendiri apakah pengajaran tersurat & tersirat  yang boleh didapati melalui cerita aku nih? 


Setiap langkah hiba dan dukacitaku ketika itu,dalam diam aku memupuk redha. Betul kata mereka Ada perkara dalam hidup ini tak patut kita perjuangkan. Ada perkara yang patut kita lepaskan.Aku tetap menitip doa buat mereka walaupun masa lalu memberi kesan hingga ke hari nih pun. Kepada rakan sejawat, yang pernah duduk semeja dengan aku, yang pernah berkongsi rasa makanan dengan aku, yang pernah mengalami kegetiran & kepayahan bersama kesan dari kebodohan pihak tertentu, harapan aku cuma satu, ukhwah yang terjalin erat ini diteruskan. Andaikata ada diantara kalian yang terbalik hati dengan aku atau berbeza pendapat tentang ini, terus terang aku katakan bahawa aku tidak hairan walau sebesar kuman sekalipun.  

Akhir kalam untuk entri nih,suka untuk aku ingatkan bahawa tulisan ini bukan untuk aku jatuhkan ipd s/b, bukan untuk aku jatuhkan orang melayu, bukan untuk aku katakan aku bagus apatah lagi memperkecilkan sesiapa sahaja yang aku sebut dalam entri nih. Entri ini juga tidak ada kaitan dengan isu jatuhkan sesiapapun,atau mana2 persatuan sekalipun. Ianya sekadar pengalaman hidupku buat julung kalinya dalam sejarah kerjaya aku sebagai pensyarah. Aku menganggap ianya dugaan buat aku. Dan ianya juga menunjukkan aku nih jujur, bila mana aku mengutuk orang melayu dalam entri ini anggaplah sebagai rencah yang sedap dimakan dan menjadi darah daging . Hakikatnya inilah perjalanan 45 hari yang buat aku serik. Tak ada apa yang aku sembunyikan. Kisah ini adalah benar. Aku menulis bukan untuk mencari publisiti jauh sekali meminta simpati atau empati. Tetapi aku tulis kerana aku ingin berikan pengajaran buat semua yang menjengah halaman ini. Dalam apa-apa hal yang berkaitan berhati-hatilah dalam kerjaya yang diceburi. dalam sesebuah pejabat atau tempat kerja,bukan semua menyukai apa yang kita lakukan. Aku berpegang kepada prinsip kita tak boleh paksa orang suka dengan cara kita bukan bermakna kita tak boleh sumbangkan idea. Yang keduanya jangan terlalu setia sangat. Aku sekarang memang menyesal sampai sekarang. Senyum je lah.. Dalam masa yang sama sentiasa berusaha gigih bagi pertahankan apa yang kita suka untuk lakukan dalam hidup ini. Aku hampir keluar dari bidang keutamaan aku, tetapi Alhamdulillah aku masih bertugas dan meneruskan kerjaya aku yang dahulu.Dan apa yang aku boleh bagi tahu, buatlah sesuatu itu dengan gigih. Aku memang macam nih. selalu nak buat yang terbaik kalau perkara tuh aku suka. Ini bermaksud kalau tengok aku buat sambil lewa ja tuh maksudnya aku tak suka lah tuh.huhuhuh 

Kadang-kadang dalam setiap perkara yang kita tak nak berlaku, kita terpaksa menerimanya. Ada perkara yang kita tak nak ambil tahu pun, kita terpaksa mempelajarinya.Semoga yang baik dijadikan pengajaran & yang buruk itu dijadikan sempadan. Dengan sesungguhnya bila tuhan itu tidak memenuhi apa yang kita hajati, Bukanlah bermaksud DIA membenci, tetapi ada perkara yang perlu kita fahami...  

Salam sehati sejiwa, semoga bertemu di entri seterusnya.  


Wednesday, 30 December 2015

Abadi Dalam Hatiku Bersama Rindu

Mak,,,malam tadi mak datang lagi dalam mimpi Nor… bila dinihari ianya mengundang rasa sebak yang tidak terluah dengan kata.Tersedu bersama iringan airmata yang berjujuran bila terkenang segala detik dan peristiwa lalu sewaktu hayatmu.Kini Hampir empat tahun mak pergi bertemu pencipta.

Andai mak tahu,saban hari Nor menghitung waktu yang berlalu. Nor berjuang dalam hidup ini bersama kenangan lepas. Nor bukanlah meratapi pemergian mak,cuma hati Nor ingin menyatakan bahawa rindu yang tidak pernah berlabuh terhadap mak.Rindu semuanya tentang mak.Tak seminit pun masa yang dilewati terlepas dengan bayangan mak. Siapapun tak nak dengar apa yang Nor katakan. Makin lama makin dilupakan. Kalau ada pun mereka suruh Nor banyak berdoa…berdoa dan berdoa…Mereka tak tahu bertapa rindunya diri ini pada mak.



Entahlah mak…Setiap hari Nor tanya bila Nor nak berehat macam mak. Lama kelamaan hati sakit hidup atas dunia ini. Perjalanan cinta dikhianati. Hati tercalar dan sakit. Musnah impian Nor yang pernah jadi harapan mak waktu hidup dulu. Sedari dahulu lagi Nor tahu bahawa dunia kita tidak lagi sama kan…. Mak bagaikan bintang di langit hitam yang senantiasa memerhati Nor walaupun Nor tak dapat melihat mak…Jauhnya mak berada tetapi hati Nor tetap kata mak sentiasa ada dengan Nor kerana mak abadi dalam hati Nor selagi masih berkesempatan untuk bernafas. Tak banyak gambar mak yang sempat Nor rakamkan kerana Nor tak pernah sangka pemergian mak terlalu cepat. Macam mimpi. Tak terlintas pun dalam fikiran Nor, mak akan pergi tinggalkan Nor dalam keadaan Nor tak lagi bersedia. Hidup ini terlalu banyak kejutan…

Terima kasih mak kerana lahirkan Nor. Tak siapa pun boleh gantikan tempat mak. Sehebat mak. Tak siapa pun diantara mereka yang kasihnya seteguh mak.Kerana Nor pernah menjalani secebis kehidupan dalam Rahim mak yang suci itu. Terima kasih kerana ajar Nor untuk hidup seorang diri. Terima kasih kerana pernah jadi pendengar setiap masalah yang Nor hadapi. Kini bila mak tiada segala masalah tersimpan dalam sanubari hingga tenat rasanya hati ini. Terima kasih mak atas segala coretan dan lakaran kenangan bersama Nor biarpun kesempatan itu terlalu sedikit, ianya tak ternilai harganya kerana dengan mengingati saat yang berlalu buatkan Nor kuat jalani hari –hari yang diamanahkan.


Mak,kita akan bertemu entah esok atau lusa,entahkan minggu depan atau tahun depan. Segalanya ditentukan olehNYA yang maha  berkuasa dan masih menjadi rahsia Allah. Tetapi Apa yang Nor ingin katakan sejujurnya dari hati yang tenat ini, mak abadi dalam hati Nor bersama rindu yang tidak berpenghujung…… Semoga roh mak dicucuri rahmat dari illahi- Aamin 

Al-Fatihah Buat :


Almarhum Bonda Siti Abdul Kudus (1957-2012) 
Almarhum Ayahanda Madom Husin (1950-2002)

Thursday, 10 October 2013

Sempena Ulangtahun Kelahiran Yang Ke XXIX Tahun

Bismillahirahmanirahhimm... 
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,,,,

Peristiwa 19.09.2013 benar-benar membuatkan hari itu istimewa dalam hidup aku... Aku di ajak untuk terus bersyukur.biarpun hanya aku sahaja yang tahu bertapa sakitnya apabila jatuh tersungkur.... demi perjalanan yang mungkin jauh lagi, aku belajar untuk menghargai tiap titip keluhan dan keringat yang jatuh kebumi sepanjang perjalanan ini,,Sehingga Keesokkan harinya pun aku masih lagi menerima ucapan ulangtahun kelahiran yang ke xxix tahun.. Alhamdulillah atas ucapan dan doa yang tidak putus itu..




Apapun, tika dan saat ini, aku bersyukur kehadrat ilahi kerana aku masih diberikan kesempatan dan peluang untuk terus bernafas,jantungku masih berdegup untuk terus hidup biarpun kadangkala aku lawan pelbagai kelemahan yang juga semestinya ada pada kita semua sebagai manusia biasa.


"Fikiranku terbayang masakan istimewa arwah bonda apabila menyambut hari ulangtahun kelahiran aku.Kalau nak tahu,ianya Nasi Ayam. Waktu aku makan hidangan dimasa sambutan itu, hati aku merintih untuk mengembalikan masa lalu.... Tapi alhamdulillah warga dian seakan tahu apa yang aku mahu.Ianya mungkin alasan yang kukuh untuk aku berdiri disini."


Terima kasih yang tidak terhingga kepada INSAN MISTERI yang berada disisiku setelah aku hilang orang yang paling aku sayang atasmukabumi ni.Sesungguhnya itulah hakikat dan hikmah teragung buatku.


Terima kasih juga ku rakamkan kepada rakan seperjuangan & seluruh warga Institut Pelancongan Dian Sdn Bhd atas sambutan hari ulangtahun kelahiran yang ke xxix tahun pada 19 September 2013 yang lalu. Ianya adalah sambutan luarbiasa sepanjang aku berkhidmat disini. Yang penting sekali adalah ingatan kalian terhadap tarikh tersebut. Ianya akan kekal dalam sanubariku. Doakanlah agar aku kuat untuk menjalani hari-hari kerana aku tidak pernah tahu takdirku dimasa akan datang...


Sesungguhnya aku masih mengembara dalam kehidupan ini. Ianya mungkin bermakna,kerana Allah memberi peluang untuk aku melakar,melukis dan mewarnai kehidupan ini.Mungkin jauh lagi perjalananku,mungkin juga tidak,Semoga Allah lanjutkanku dengan nikmat kesihatan yang baik,dikurniakan umur yang sangat bermanfaat pada Bangsa,Dilindungi dari kesedihan & kekecewaan yang berpanjangan serta dikurniakan kebahagiaan dunia dan di akhirat kelak,dan dilimpahi rezeki yang berlimpah ruah serta diberi kesempatan dan ruang untuk terus bersyukur dengan apa yang ada.itulah doaku sepanjang hari... 


Terima kasih kepada kalian yang memberi ucapan ringkas mahupun padat dari pelbagai aplikasi Wechat,Whatsapp,Facebook (Laman Rasmi),Maxis Message dan sebagainya, dan semoga Allah juga akan melimpahkan rahmat dan barakah dalam hidup kamu seluruh kaum muslimin & muslimat...Aamiin

Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh











Saturday, 19 January 2013

SELANGKAH DI SUSURI BERSAMA BAYANGAN LEPAS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,,, 

"Ya Allah,Ampunilah segala dosa -dosa ku, dosa kedua ibu bapaku,dosa saudara ku, dan semua dosa kaum muslimin & muslimat tidak kira samada hidup ataupun yang telah meninggal dunia..

Ya Rahman,, kurniakanlah kepada kami kesejahteraan yang tidak terhitung,, panjangkanlah umur kami,dgn nikmat kesihatan yang baik,, jauhilah diri kami daripada kemungkaran,, peliharalah diri kami daripada kesedihan berpanjangan,murahkanlah rezeki kami 
                                                      dan peliharalah IMAN kami,,, sesungguhnya hanya kau sahaja     Tuhan yang mendengar rayuan kami ini                                                       
Ya Rahhim perkenankanlah doa kami Aamiin" 


Khas Buat Mu Yang Teristimewa 

Bukan intan bukanlah permata,
Hanyalah kaca penuh sepi,
Selamat sejahtera sihatlah hendaknya,
Pantun di kirim tanda ku mengingati.

Selat Melaka lautnya tenang
Di situ tempat perahu bugis,
Orang yang jauh jangan dikenang,
Jika dikenang pasti menangis,, :(

 


Semoga mereka yang mendahului diri kita semua
kaum muslimin & muslimat dicucuri rahmat keampunan daripada Allah SWT.

Bertemu kita kembali setelah sekian lama saya menghilangkan diri,, saja mencari ketenangan... lagipun tidak ada apa yang saya nak dedahkan. tambahan pula saya sedang sibuk memperbaiki diri supaya sentiasa menjaga peribadi kelihatan unggul dan terulung,, InsyaAllah. Alhamdulillah saya di beri kekuatan untuk semuanya. dan bernafas seperti biasa serta melihat apa yang terhampar di atas muka bumi Tuhan ini.. Sebenarnya sengaja saya selindungkan segala keperitan dan kesedihan dengan senyuman sinis sepanjang hari,,, Apapun saya kena rempuh, rentas dan menyeberangi. Untuk yang paling saya cintai  sekarang,,,
"Apa Khabar mu di sana? Semoga cinta kita bersatu di fana ini InsyaAllah"

Hari yang kedua puluh (20) dalam tahun 2013,,, Saya seperti dulu,,, cuma saya meneruskan hidup ini dengan bayangan lepas walaupun saya tahu kenangan bersama mereka tidak akan boleh diukir lagi,,, 

Sehingga satu masa di hujung tahun 2012 yang lalu,, saya ke Jalan Masjid India.Kelihatan ramai ibu bapa bersama anak - anak sedang sibuk mengatur langkah bagi menyediakan peralatan ke sekolah seperti alat tulis, buku, baju seragam, kasut, beg... kalau boleh semua nya serba baru... yang mungkin tergambar di minda ibu bapa bahawa ianya merupakan  semangat kepada anak - anak agar rajin belajar.

Subhanallah,,,
Terpalit di ingatan,, begitulah kasih mereka terhadap saya kan? Sentiasa memastikan agar saya mendapat pendidikan yang sempurna untuk berjaya di atas dunia ini,, bagi saya makan dan minum. ikat perut bagi duit belanja kepada saya untuk ke sekolah. yang ibu pula sibuk membuat kuih jualan segalanya untuk saya dan adik beradik yang lain... Subhanallah,,, Belum sempat & puas saya balas segalanya mereka telahpun di jemput ilahi... Meninggalkan segala yang terhimpun dan terkumpul. seruan nya pasti sesaat pun tidak kenal simpati mahupun siapa sahaja yang menyayangi nya..

Kepada anda yang masih ada ibu dan ayah,,, ketahuilah
"manusia tidak akan puas dengan kesempatan & peluang yang diberikan!Berjasa lah kepada mereka berdua selagi hayat mereka di kandung badan,,, biarpun puas kita rasakan jasa itu sebagai balasan kepada mereka berdua,,, tiba masa & saat mereka tidak lagi disisi,, kita tidak puas untuk semuanya yang telah kita curahkan,,, jangan jadi seperti saya yang tidak ketahui sampai bila saya yang merenung jauh gambar mereka,,yang sentiasa menangis bila mengingati jasa mereka, yang sentiasa terasa hati cemburu bila melihat orang lain masih mempunyai mereka berdua...
Awal 2013,,, saya pula sibuk buat persediaan menyusun segala tindakan malah memperbaiki kelemahan bertafakur dan muhasabah diri sesungguhnya sehebat mana pun kita,jangan lupa dan alpa bahawa terdapat kelemahan yang perlu di perbaiki. dalam masa yang sama saya teruskan usaha mencapai segala hasrat yang tercipta bagi menerajui segala yang tidak tercapai pada tahun lepas,, justeru saya memanjatkan doa kepada pencipta agar segalanya di permudahkan InsyaAllah. Bukakah DIA berhak akan setiap sesuatu? Lantaran itu saya berserah segalanya.
 
Bagi mengakhiri pena ini,, akhir kata dari saya yang hujungnya saya sertakan enam(6) "profile picture" sepanjang tahun 2012 untuk di muatkan sebagai "Preview 2012" dan rasanya tidak terlewat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru Masehi 2013. Semoga kalian sentiasa berada dalam limpahan rahmat dari NYA dan semoga segala yang kalian impikan menjadi kenyataan, tercapai dan terus mengukir kenangan terindah dalam kehidupan... Ketahuilah,,, berkali saya katakan bahawa kehidupan ini penuh kejutan,, kadang kadang sengaja Allah bagi kita hujan, ribut dan petir,, bersyukurlah kerana kesyukuran yang dipanjatkan Allah akan bagi kita pelangi yang sangat indah tidak terhitung... Sesungguhnya kasih Allah melebihi segalanya,,,
Tanya lah pada diri kita sendiri... pernahkah kita jadikan masa lampau sebagai pengajaran? Renungkanlah.Sekian Terima Kasih

 

Wednesday, 19 September 2012

AKU YANG MASIH DI PERJALANAN HIDUP INI,,,


 Assalamualikum & Salam Sejahtera,,,,,,



Ke Putrajaya dengan Kereta, 
Pergi Dengan Anak Pak Leman, 
    Semakin hari makin berusia,
    Ilmu Dan Pengalaman jadi landasan.


Selangkah menyusuri kehidupan… 

"Ya Allah, Ya Rahmann, Ya Rahhim,,, Alhamdulillah aku di beri kesempatan untuk terus hidup diatas muka bumiMU yang luas ini.. Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa - dosa ku, Dosa Kedua Ibu bapa ku, Dan dosa saudara sedarahku,,, sesungguhnya Kau lah tuhan yang maha pengasih lagi maha pengampun.. Ya Allah, Kau lanjutkanlah usia ku dengan nikmat kesihatan,jauhilah aku dari kemungkaran,kesedihan, kekecewaan, lindungilah aku dari sebarang bala bencana. kau cantikkan aku sepertimana Akhlak ku, segalanya untuk terus beribadah kepada MU "

Pantas nya masa berlalu kan? Sungguhpun di kelaskan sebagai seorang yang bekerjaya, saya sentiasa dan masih mencari yang terbaik tidak kira dalam kehidupan mahupun kerjaya. Ketelitian,dan sentiasa bersandarkan kepada prinsip hidup yakni “ Tidak Mudah Mengalah ” menggariskan sebagai panduan untuk menjadi seseorang didalam dunia ini.

Namun ada ketika dan waktu saya akan kecewa di dalam memilih liku-liku hidup di persimpangan, kerana ada ketika bila mengenali kawan akhirnya menjadi lawan, dan mengenali sesuatu kebaikkan dalam kejahatan.

Sesungguhnya saya sedar dan mengerti,, setiap langkah dalam hidup mestilah terdapat ujian dan cabaran,, samalah juga setiap pertemuan pasti ada perpisahan,Untuk apa saya nak takut? Kerana segalanya telah tertulis untuk saya.

Ku sematkan iman di dalam sanubari,,,,agar aku sentiasa jadi yang terbaik diatas mukabumi ini dan pasti aku akan kekal bahagia disana kelak insyaAllah.

Begitulah usia kita ,,yang selalu bertambah dan takkan pernah kembali jika di lewati,,,

Seawal  12.00 pagi 19.09.2012 saya telah  menerima banyak pesanan ringkas melalui telefon bimbit. Pasti  Pesanan ucapan tersebut mula dihantar oleh adik saya dan di ikuti dengan seorang insan istimewa dihati saya.. tidak kira siapa yang hantar terlebih dahulu atau kemudian,,,, segala ucapan atas ingatan tersebut saya kalungkan ucapan jutaan terima kasih dan hanya Allah sahaja dapat membalasnya. ianya merupakan satu tanda yang besar maknanya buat saya. jika tidak berkesempatan untuk saya menjawabnya, maafkanlah kerana mungkin tika dan waktu yang tidak mengizinkan saya untuk jawab mesej kalian. seawal pagi sampai di pejabat, saya membuka peti masuk email yang tersusun dan masih belum dibaca.. Ya Allah ramainya yang ingat saya.terima kasih dan hanya allah sahaja yang membalas keikhlasan tersebut.Semoga apa yang kalian ungkapkan adalah doa untuk saya dan termakbul jua suatu ketika nanti.Aamiin 


di dalam meniti perjalanan hidup di atas muka bumi ini,, semoga kekuatan berterusan dan hati saya sentiasa terdetik untuk mensyukurinya,,, lalu saya memanjatkan doa kepada yang maha berkuasa agar segala yang saya impikan menjadi kenyataan di suatu hari kelak. 

Bagi mengakhiri penghargaan ini, satu kata mutiara ingin saya sampaikan sesungguhnya 
" Tidak semua yang mengembirakan hati ini baik dan didalam meraih kegembiraan itu, tersembunyi derita dan sengsara.Kadang - kadang perjalanan derita yang dilalui & direntasi menanti bahagia dipenjuru hidup..." 

Wassalam 





PERJALANAN HIDUP

Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian

Di mana berakhirnya perjalanan ku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku


Sudut Galeri 



Pabila hujan turun,,, Allah menganugerahkan kilat & petir,,, kita tertanya - tanya kenapa? Rupa-rupanya Allah menganugerahkan kepada kita pelangi sesudah itu,,,, 




Ukhwah Persaudaraan yang termetri adalah inspirasi kejayaan untuk 10 tahun lagi














Demi persahabatan saya telah korbankan masa untuk membalas semua ucapan dengan senyuman,,,,:)














Saya berharap jangan biarkan saya berlindung di dahan yang rapuh,, tetapi berikan kepada saya sebaik - baik kalimah untuk saya berteduh,,,,





Untuk terus saya mengaplikasikan kejayaan & kegembiraan.









Semoga segalanya akan diperkenankan...
Aamiin Ya Rabbal Alamiin,,,, 









Di sudut kecil hatiku sering berkata ,Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya ,,,,Ku beranikan diri menongkah arus yang deras Demi hari esok ku hadapinya penuh kesabaran & Ketabahan......

Walau tiada tangan yang menghulur,,,Kan tetap ku berdiri teguh & bangkit semula meneruskan perjalanan hidup ini,,, Oh Tuhan, hanya engkau yang mengerti,,Dan mengetahui apa yang terbaik untuk ku,,,

Thursday, 13 September 2012

SEKITAR MAYA AIDILFITRI 2012

Kesyukuran dipanjatkan walau diuji... 


Titisan airmata adalah teman yang meratapi kehilangan,kekecewaan,pemergian atau apa – apa peristiwa pahit yang berlaku dalam kehidupan kita. Jatuh & Bangun semula,menunjukkan kekentalan & kekuatan serta mereka yang tinggal adalah inspirasi untuk kita lalui jalanan berliku di masa akan datang…

Bermula daripada 2 hari menjelangnya Aidilfitri,, aku pulang ke kampung halaman. Menghukum jiwa dengan satu soalan “siapalah yang akan menungguku?” setitis airmata rindu pada dia,,, Subhanallah.:( lantas ku kembali kepada janji – janji ku kepada saudara sedarah ku,,, Yakni – aku tetap akan pulang untuk Aidilfitri ini. Ketibaan aku terdiam membisu,, memandang kearah pintu yang tidak ada seorang pun yang tunggu.. :( ku pendam kan sebak itu bersama dengan linangan airmata kerana selalunya setiap aidilfitri yang menjelma,bonda akan menungguku.


Begitu pantas masa berlalu meninggalkan diri. Jemputan majlis berbuka puasa telah siap sedia untuk dihadiri. Wajah yang seribu belas di hadiahkan kepada diri – lalu ku lawan perasaan duka itu untuk menghormati. Hanya untuk kali ini. Biarpun pelbagai ihsan diberi,tetap ku hargainya demi seorang pengganti.


Sayu kedengaran suara takbir yang berkumandang, Tibanya syawal mulia tanpa bonda yang kami kasihi 
Hari ini adalah hari yang ke 25 Bonda pergi. Ke kamar dapur terlihat ku Rendang & ketupat yang pada kebiasaannya akan di rebus dan di masak selepas berbuka puasa hari terakhir ramadhan. ya Allah,,, sedih ku lihat dan secara tiba - tiba hati aku menangis kerana kami tidak lagi punya kesempatan atas nikmat itu,,,, 

Terbayang cerita aidilfitri tahun 2011 yang lalu terbayang wajah bonda yang tak putus asa menjaga aku di malam raya kerana demam panas. Satu pun juadah yang dimasak oleh bonda tidak ku rasa dan jamah. Berturutan tahun ini, aku lalui peristiwa yang sama. :( 
Ya Allah,,, sedih ku lihat dan secara tiba - tiba hati aku menangis kerana kami tidak lagi punya kesempatan atas nikmat itu,,,

Ke luar dihalaman rumah tersedia 2 batang pelita yang bakal terpadam. Terlihat anak saudara yang sedang seronok bermain bunga api. Terdiam sepi untuk memperingati masa lalu yang pergi pasti tidak kembali,,,,


Hari ini,kami bukan daripada kelompok yang ramai,, tetapi kami sentiasa berdoa agar keakraban diantara kami bertiga adalah satu sikap yang mengikis kata hina masyarakat setempat ,  
mahupun daripada saudara. Ya,,, kami bertiga perlu sepakat. Cukuplah.... kerana kami sentiasa memantau dan meninjau keadaan mereka yang berpecah apabila kedua orang tua tidak lagi disisi dan menjadikan ianya sebagai panduan untuk bersatu.


Sekitar Suria yang terbit diufuk timur,, bagaikan terpatri RINDU pada mereka yang telah meninggalkan… pasti rasa itu adalah beza daripada yang biasa. Aidilfitri 2012 diisi penuh dengan kejutan dan ianya merupakan satu langkah pasti. Seperti biasa,ku hayunkan langkah kaki setelah selesai menunaikan sembahyang subuh dan bersiap sedia untuk ke pusara mereka berdua. :(

Kalau dulu satu tetapi dua pada tahun ini. Lenyap keriangan diganti tangisan kesyukuran atas ujian yang aku lewati. Nun disana terdiam pusara bonda yang masih merah,pasti tidak sepi begitu sahaja.Ku hadiahkan ayat suci Al-Quran sebagai kasih ku kepada nya biarpun jauh,kuharap dia tahu aku datang mengunjungi pusaranya.

Aku tertanya sendirian apakah rahsia yang menirai diri,Adakah sinar berganti untuk keesokan hari bagi menggantikan kabus yang menyelubungi hidup hari ini? Aku Pun tidak pasti!

Ku pulang dengan hati yang terdetik,, “ Ya Allah, janganlah hendaknya aku lalai & cuai untuk terus berbakti kepada mereka berdua serta kau kurniakanlah kekuatan kepada ku untuk ku lalui ujian mu ini ” Berkali ku menoleh kearah pusara bonda minda pun terhayal “ jika bonda ada di sudut itu,,, akan ku peluk dan memohon keampunan daripadanya ” hayalan ku tersemadi bila ku berpatah balik kearah pusaranya. :(


Ku pulang dengan Pasrah. Bermaafan bersama insan yang mengelilingi terdiri daripada mereka yang menyokong dan mendorong aku untuk lalui dugaan ini. Lalu ku berjanji kepada sanak saudara bahawasanya aku akan memberikan layanan kelas pertama kepada sanak saudara & sahabat handai ketika mengunjungi kami di hari raya yang kedua. Layanan itu adalah sama seperti ketika bonda masih hidup dahulu. Berpesan kepada mereka agar jangan lah diputuskan ukhwah persaudaraan yang sedia terbina kerana ianya adalah kekuatan yang akan ku apung selari dengan perjalanan yang bakal ku rentasi.

8 Syawal 1433H, aku pulang ke Kuala Lumpur dengan segugus harapan agar hentikan segala kesedihan dengan tugasan… Sepanjang perjalanan,,, pemanduan ku tidak ditemani dengan lagu. Dalam benak ku terbayang wajah ayahanda yang pergi 10 tahun yang lalu.

Aidilfitri ,,,Sambutan yang sederhana tanda kesyukuran umat islam berpuasa. Terus terang aku katakan bahawa sambutan yang tidak meriah tetapi kunjungan sanak saudara dan sahabat handai adalah kunci kemeriahan itu dan bersyukur kerana tidak sepi dan terbuang begitu sahaja seperti yang berlaku kepada kami 10 tahun yang lalu. Ku hidangkan gambar sebagai kenangan dan inilah kehidupan tanpa kedua mereka.

Bagi mengakhiri tirai,, ingin ku ungkapkan jutaan terima kasih atas kunjungan sanak saudara & sahabat handai serta aku akan terus berjanji bahawa kepulangan ku ke kampung halaman adalah perkara pasti yang akan kulaksanakan untuk musim perayaan selagi hayat dikandung badan.

Wassalam 


Galeri Aidilfiri 2012- Maaf Gambar ini tidak dipaparkan di dalam facebook "Mohd Nor Azmi"


Merah kami adalah lambang keberanian untuk rentas masa depan yang masih jauh lagi,,, biarpun semuanya yang kami sayang telah jauh dari sisi,,,,



Nostalgia Kelmarin 

Bonda : Esok kalau aku dah tak ada pasti mereka tidak datang lagi,,, 



Pasti mereka seronok mengumpul duit raya. 

xxx : Kau Dapat Berapa 
yyy : RM 200 dah ko? 
xxx : Alhamdulillah,,, 





Tak seronok rasanya kalau tidak ada bunga api... 


Izzati : pakngah mari lah main bunga api 
Aku  : budak - budak nie main bunga api mesti kena tengok ni,, kunk ada yang terbakar baju atau kena tangan ke,, 

Alhamdulillah tidak ada apa peristiwa pahit yang berlaku :)  

Kesempatan yang ada ini,, ingin ku ucapkan Salam Lebaran,maafkanlah segala kekhilafan keterlanjuran perbuatan & perkataan yang mungkin menyakitkan dan guris hati serta perasaaan. Bingkisan ini adalah ku tulis dan ku tayangkan di saat akhirnya Syawal 1433 H .kenapa? Kerana aku tidak berkesempatan dan sibuk melayan tetamu yang diundang.

Sesungguhnya melihat wajah ibu atau ayah adalah ibadah yang akan memberikan kepada kita pahala dan ganjaran. Apatah lagi berbuat baik kepada mereka berdua? Jikalau putus nya hubungan atas muka bumi ini, menziarahi pusara mereka juga dianggap sebagai berbuat baik… bagi mereka yang masih ada kedua ibubapa,, jenguklah mereka,jangan abaikan mereka. Kerana kelakuan itu akan membuahkan sejuta penyesalan apabila nyawa terpisah dari badan,,, 



Q-Pena