Thursday, 13 September 2012

SEKITAR MAYA AIDILFITRI 2012

Kesyukuran dipanjatkan walau diuji... 


Titisan airmata adalah teman yang meratapi kehilangan,kekecewaan,pemergian atau apa – apa peristiwa pahit yang berlaku dalam kehidupan kita. Jatuh & Bangun semula,menunjukkan kekentalan & kekuatan serta mereka yang tinggal adalah inspirasi untuk kita lalui jalanan berliku di masa akan datang…

Bermula daripada 2 hari menjelangnya Aidilfitri,, aku pulang ke kampung halaman. Menghukum jiwa dengan satu soalan “siapalah yang akan menungguku?” setitis airmata rindu pada dia,,, Subhanallah.:( lantas ku kembali kepada janji – janji ku kepada saudara sedarah ku,,, Yakni – aku tetap akan pulang untuk Aidilfitri ini. Ketibaan aku terdiam membisu,, memandang kearah pintu yang tidak ada seorang pun yang tunggu.. :( ku pendam kan sebak itu bersama dengan linangan airmata kerana selalunya setiap aidilfitri yang menjelma,bonda akan menungguku.


Begitu pantas masa berlalu meninggalkan diri. Jemputan majlis berbuka puasa telah siap sedia untuk dihadiri. Wajah yang seribu belas di hadiahkan kepada diri – lalu ku lawan perasaan duka itu untuk menghormati. Hanya untuk kali ini. Biarpun pelbagai ihsan diberi,tetap ku hargainya demi seorang pengganti.


Sayu kedengaran suara takbir yang berkumandang, Tibanya syawal mulia tanpa bonda yang kami kasihi 
Hari ini adalah hari yang ke 25 Bonda pergi. Ke kamar dapur terlihat ku Rendang & ketupat yang pada kebiasaannya akan di rebus dan di masak selepas berbuka puasa hari terakhir ramadhan. ya Allah,,, sedih ku lihat dan secara tiba - tiba hati aku menangis kerana kami tidak lagi punya kesempatan atas nikmat itu,,,, 

Terbayang cerita aidilfitri tahun 2011 yang lalu terbayang wajah bonda yang tak putus asa menjaga aku di malam raya kerana demam panas. Satu pun juadah yang dimasak oleh bonda tidak ku rasa dan jamah. Berturutan tahun ini, aku lalui peristiwa yang sama. :( 
Ya Allah,,, sedih ku lihat dan secara tiba - tiba hati aku menangis kerana kami tidak lagi punya kesempatan atas nikmat itu,,,

Ke luar dihalaman rumah tersedia 2 batang pelita yang bakal terpadam. Terlihat anak saudara yang sedang seronok bermain bunga api. Terdiam sepi untuk memperingati masa lalu yang pergi pasti tidak kembali,,,,


Hari ini,kami bukan daripada kelompok yang ramai,, tetapi kami sentiasa berdoa agar keakraban diantara kami bertiga adalah satu sikap yang mengikis kata hina masyarakat setempat ,  
mahupun daripada saudara. Ya,,, kami bertiga perlu sepakat. Cukuplah.... kerana kami sentiasa memantau dan meninjau keadaan mereka yang berpecah apabila kedua orang tua tidak lagi disisi dan menjadikan ianya sebagai panduan untuk bersatu.


Sekitar Suria yang terbit diufuk timur,, bagaikan terpatri RINDU pada mereka yang telah meninggalkan… pasti rasa itu adalah beza daripada yang biasa. Aidilfitri 2012 diisi penuh dengan kejutan dan ianya merupakan satu langkah pasti. Seperti biasa,ku hayunkan langkah kaki setelah selesai menunaikan sembahyang subuh dan bersiap sedia untuk ke pusara mereka berdua. :(

Kalau dulu satu tetapi dua pada tahun ini. Lenyap keriangan diganti tangisan kesyukuran atas ujian yang aku lewati. Nun disana terdiam pusara bonda yang masih merah,pasti tidak sepi begitu sahaja.Ku hadiahkan ayat suci Al-Quran sebagai kasih ku kepada nya biarpun jauh,kuharap dia tahu aku datang mengunjungi pusaranya.

Aku tertanya sendirian apakah rahsia yang menirai diri,Adakah sinar berganti untuk keesokan hari bagi menggantikan kabus yang menyelubungi hidup hari ini? Aku Pun tidak pasti!

Ku pulang dengan hati yang terdetik,, “ Ya Allah, janganlah hendaknya aku lalai & cuai untuk terus berbakti kepada mereka berdua serta kau kurniakanlah kekuatan kepada ku untuk ku lalui ujian mu ini ” Berkali ku menoleh kearah pusara bonda minda pun terhayal “ jika bonda ada di sudut itu,,, akan ku peluk dan memohon keampunan daripadanya ” hayalan ku tersemadi bila ku berpatah balik kearah pusaranya. :(


Ku pulang dengan Pasrah. Bermaafan bersama insan yang mengelilingi terdiri daripada mereka yang menyokong dan mendorong aku untuk lalui dugaan ini. Lalu ku berjanji kepada sanak saudara bahawasanya aku akan memberikan layanan kelas pertama kepada sanak saudara & sahabat handai ketika mengunjungi kami di hari raya yang kedua. Layanan itu adalah sama seperti ketika bonda masih hidup dahulu. Berpesan kepada mereka agar jangan lah diputuskan ukhwah persaudaraan yang sedia terbina kerana ianya adalah kekuatan yang akan ku apung selari dengan perjalanan yang bakal ku rentasi.

8 Syawal 1433H, aku pulang ke Kuala Lumpur dengan segugus harapan agar hentikan segala kesedihan dengan tugasan… Sepanjang perjalanan,,, pemanduan ku tidak ditemani dengan lagu. Dalam benak ku terbayang wajah ayahanda yang pergi 10 tahun yang lalu.

Aidilfitri ,,,Sambutan yang sederhana tanda kesyukuran umat islam berpuasa. Terus terang aku katakan bahawa sambutan yang tidak meriah tetapi kunjungan sanak saudara dan sahabat handai adalah kunci kemeriahan itu dan bersyukur kerana tidak sepi dan terbuang begitu sahaja seperti yang berlaku kepada kami 10 tahun yang lalu. Ku hidangkan gambar sebagai kenangan dan inilah kehidupan tanpa kedua mereka.

Bagi mengakhiri tirai,, ingin ku ungkapkan jutaan terima kasih atas kunjungan sanak saudara & sahabat handai serta aku akan terus berjanji bahawa kepulangan ku ke kampung halaman adalah perkara pasti yang akan kulaksanakan untuk musim perayaan selagi hayat dikandung badan.

Wassalam 


Galeri Aidilfiri 2012- Maaf Gambar ini tidak dipaparkan di dalam facebook "Mohd Nor Azmi"


Merah kami adalah lambang keberanian untuk rentas masa depan yang masih jauh lagi,,, biarpun semuanya yang kami sayang telah jauh dari sisi,,,,



Nostalgia Kelmarin 

Bonda : Esok kalau aku dah tak ada pasti mereka tidak datang lagi,,, 



Pasti mereka seronok mengumpul duit raya. 

xxx : Kau Dapat Berapa 
yyy : RM 200 dah ko? 
xxx : Alhamdulillah,,, 





Tak seronok rasanya kalau tidak ada bunga api... 


Izzati : pakngah mari lah main bunga api 
Aku  : budak - budak nie main bunga api mesti kena tengok ni,, kunk ada yang terbakar baju atau kena tangan ke,, 

Alhamdulillah tidak ada apa peristiwa pahit yang berlaku :)  

Kesempatan yang ada ini,, ingin ku ucapkan Salam Lebaran,maafkanlah segala kekhilafan keterlanjuran perbuatan & perkataan yang mungkin menyakitkan dan guris hati serta perasaaan. Bingkisan ini adalah ku tulis dan ku tayangkan di saat akhirnya Syawal 1433 H .kenapa? Kerana aku tidak berkesempatan dan sibuk melayan tetamu yang diundang.

Sesungguhnya melihat wajah ibu atau ayah adalah ibadah yang akan memberikan kepada kita pahala dan ganjaran. Apatah lagi berbuat baik kepada mereka berdua? Jikalau putus nya hubungan atas muka bumi ini, menziarahi pusara mereka juga dianggap sebagai berbuat baik… bagi mereka yang masih ada kedua ibubapa,, jenguklah mereka,jangan abaikan mereka. Kerana kelakuan itu akan membuahkan sejuta penyesalan apabila nyawa terpisah dari badan,,, 



Q-Pena