Ketakutan Terhadap Kehilangan Orang Tersayang Boleh Diatasi Bila Kita Percaya Kepada Ilahi,Percaya Atas Tiap Takdir Yang Telah Ditetapkan... Kita Harus Ingat..Bahawa Sebagai Seorang Manusia Kita Hanya Meminjam Bukan Memiliki.. MOHD NOR AZMI
Thursday, 29 March 2012
Lamunan Terhenti,,,,
Assalamualaikum Dan Selamat Datang kepada semua pelawat yang di kasihi...
Pertama sekali,,, Penting untuk kamu tahu bahawa tidak ada insan yang sempurna di atas muka bumi ini Mengejar kesempurnaan itu adalah keinginan yang kadang - kadang ianya melampaui batas...Enggan ku nafikan bahawa ada jugak yang tersungkur dalam mencari kesempurnaan itu,,,,
Ingatlah bahawasanya ,Kesusahan dan kesulitan itu adalah laksana musim dingin, basah dan lembab,semestinya tidak digemari oleh individu yang menghadapinya......Akan tetapi ingatlah setelah musim sejuk, maka akan tmumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur..... :)
Yang Kedua, Jika merindui orang yang tiada lagi di dunia ini,, panjatkanlah doa agar beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman,, jika merindui orang yang masih bernyawa,,ayuh & pantaskanlah langkah untuk menemuinya,Ketahuilah bahawasanya hidup ini penuh dengan kejutan & peristiwa kelam & terang merupakan cabaran yang sentiasa kemudi di dalam perjalanan hidup.....
Ketiga,,,Kebahagiaan bukanlah bererti segalanya telah sempurna. "Bahagia atau kebahagiaan" adalah apabila kita melihat sesuatu itu secara sempurna,, :)
Keempat,,,,Ketahuilah,Sengaja Tuhan membiarkan hal buruk terjadi dalam hidup kamu,,, agar kamu sedar bahawa hanya DIA sahaja yang mampu tolong dan bantu kamu bagi lewati, rentas dan rempuh hari - hari..
Dan yang terakhir sekali,,,, Sesungguhnya kematian itu pasti akan datang kepada kita, walaupun kita bersembunyi di balik benteng yang sangat kukuh. Dan tidak dapat dipercepat ataupun diperlambatkan waktunya. Kerna itu adalah ketentuan Allah swt.