Bismillahirahmanirahhimm...
Assalamualaikum & Salam 1
Malaysia,,,,
Peristiwa 19.09.2013 benar-benar membuatkan hari itu istimewa dalam hidup aku... Aku di ajak untuk terus bersyukur.biarpun hanya aku sahaja yang tahu bertapa sakitnya apabila jatuh tersungkur.... demi perjalanan yang mungkin jauh lagi, aku belajar untuk menghargai tiap titip keluhan dan keringat yang jatuh kebumi sepanjang perjalanan ini,,Sehingga Keesokkan harinya pun aku masih lagi menerima ucapan ulangtahun kelahiran yang ke xxix tahun.. Alhamdulillah atas ucapan dan doa yang tidak putus itu..

Apapun, tika dan saat ini, aku bersyukur kehadrat ilahi kerana aku
masih diberikan kesempatan dan peluang untuk terus bernafas,jantungku masih
berdegup untuk terus hidup biarpun kadangkala aku lawan pelbagai kelemahan yang
juga semestinya ada pada kita semua sebagai manusia biasa.
"Fikiranku terbayang masakan istimewa arwah bonda apabila
menyambut hari ulangtahun kelahiran aku.Kalau nak tahu,ianya Nasi Ayam. Waktu
aku makan hidangan dimasa sambutan itu, hati aku merintih untuk mengembalikan
masa lalu.... Tapi alhamdulillah warga dian seakan tahu apa yang aku mahu.Ianya
mungkin alasan yang kukuh untuk aku berdiri disini."
Terima kasih yang tidak terhingga kepada INSAN MISTERI yang berada
disisiku setelah aku hilang orang yang paling aku sayang atasmukabumi
ni.Sesungguhnya itulah hakikat dan hikmah teragung buatku.
Terima kasih juga ku rakamkan kepada rakan seperjuangan &
seluruh warga Institut Pelancongan Dian Sdn Bhd atas sambutan hari ulangtahun
kelahiran yang ke xxix tahun pada 19 September 2013 yang lalu. Ianya adalah
sambutan luarbiasa sepanjang aku berkhidmat disini. Yang penting sekali adalah
ingatan kalian terhadap tarikh tersebut. Ianya akan kekal dalam sanubariku.
Doakanlah agar aku kuat untuk menjalani hari-hari kerana aku tidak pernah tahu
takdirku dimasa akan datang...
Sesungguhnya aku masih mengembara dalam kehidupan ini. Ianya mungkin
bermakna,kerana Allah memberi peluang untuk aku melakar,melukis dan mewarnai
kehidupan ini.Mungkin jauh lagi perjalananku,mungkin juga tidak,Semoga Allah
lanjutkanku dengan nikmat kesihatan yang baik,dikurniakan umur yang sangat
bermanfaat pada Bangsa,Dilindungi dari kesedihan & kekecewaan yang
berpanjangan serta dikurniakan kebahagiaan dunia dan di akhirat kelak,dan
dilimpahi rezeki yang berlimpah ruah serta diberi kesempatan dan ruang untuk
terus bersyukur dengan apa yang ada.itulah doaku sepanjang hari...
Terima kasih kepada kalian yang memberi ucapan ringkas mahupun padat
dari pelbagai aplikasi Wechat,Whatsapp,Facebook (Laman Rasmi),Maxis Message dan
sebagainya, dan semoga Allah juga akan melimpahkan rahmat dan barakah dalam
hidup kamu seluruh kaum muslimin & muslimat...Aamiin
Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh