Tuesday, 14 August 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR IPD


Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia kepada semua pelawat yang dikasihi sekalian. Izinkan saya buka bicara dengan serangkap pantun... 


Ke Sri Gombak bersama - sama,
Berkumpul di hadapan tangga,
Segeralah berbuka bila waktu tiba,
Sunnah dengan yang manis rasa



Tanggal 13hb Ogos 2012, saya telah menyertai satu aktiviti berbuka puasa yang dicadangkan oleh salah seorang bekas pelajar IPD sesi pengajian Oktober 2009. Oleh kerana sesi pengajian Julai 2012 juga terdapat cadangan yang sama, maka aktiviti ini telah di gabungkan. Kami telah berkumpul di hadapan Institut Pelancongan Dian Sdn Bhd tepat jam 6.30PM. Setelah keseluruhan perserta dalam aktiviti ini mencukupi kami bertolak ke Restoran Malaya Steamboat yang terletak di Sri Gombak Kuala Lumpur. Tepat Jam 7.00 Malam kami sampai dan mendapatkan tempat duduk yang telah ditempah. 


GAMBAR BERKUMPULAN 

Dari Kiri Belakang : Syazwan,Moliy,Salaha,Izzat & Hana 

Dari Kiri Depan     :  SyafiQah,Aishah,Farahin,En.Azmi, Syamira,Hasanah & Cik Syafy 

Galeri 




Apa yang dapat dilihat adalah Cik Moliy yang tak larat nak bangun dan Cik yafy yang kekenyangan,,, He he :P






Hana,Moliy,Farah & Mira








HANA  : SEDAPNYA AISKRIM
MOLIY: JAP NAK FOKUS KAT IJAT
FARAH : CUTE  NYERR IJAT,,, HE HE
MIRA  : HAUS AKU TENGOK KAMERA NI,,,,


Hasanah, Izzat,Cik Syafy & Aishah 














HASANAH : ISH,,, TAH APE - APE ENTAH DIA ORANG NIE

IZZAT : UNTUNG2 BOLEH NAIK CIKARO 

AISHAH : MESEJ HASSAN LAGI BAIK 

Hehe!!

MIRA : AKU PASRAH JER,,, ABIS AISKRIM AKU FARAH ABISKAN,, HIK HIK :(





















Perhatian : Ini adalah salah satu cara saya memperkenalkan blog saya. Jutaan terima kasih kerana melawati blog saya. untuk pengetahuan kalian,terdapat lebih daripada 40 keping gambar akan tertera di dalam album Majlis Berbuka Puasa 2012. 



Sebagai menutup tirai persembahan saya. ingin saya ungkapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa & Selamat Menyambut Aidilfitri bagi tahun 2012 Masehi. Semoga Ukhwah persaudaraan diantara kita dikekalkan hingga ke akhir hayat, InsyaAllah. 

Sekian terima kasih 

Mohd Nor Azmi 
Kuala Lumpur