LAWATAN SIRI 005
DESTINASI : PERAK DARUL RIDZUAN
TARIKH :19 MEI 2012
Assalamualikum & Salam Satu Malaysia.
Teknik menyampaikan pembelajaran bukan hanya boleh dilaksanakan di dalam bilik kuliah.Pada 19hb Mei 2012,tercipta satu sejarah,barisan tenaga pengajar IPD telah melaksanakan satu program lawatan sambil belajar ke negeri Perak untuk kali kedua.Alhamdulillah Lawatan ini telah diklasifikasikan sebagai program yang berjaya dengan cemerlang. buktinya calon SKM - Kerani Tempahan & Tiketan Tahap 2, Pihak yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini telah pun ditrampilkan dengan cemerlang didalam module yang berkaitan.
Hasrat saya agar program lawatan ini akan diteruskan.Ini adalah kerana dengan adanya program seperti ini yang disukat di dalam sukatan matapelajaran dapat memberi kesan pengetahuan yang cemerlang kepada penuntut IPD generasi Y masa kini.
Apa yang dapat saya lihat di dalam Gua ini adalah keunikan dan kepelbagaian yang seakan serupa tercipta untuk ditatap oleh kita sebagai manusia di atas muka bumi Allah yang terbentang ini.Contohnya Batu yang menyerupai Ayam Jantan dan sebagainya.
Dalam Gua Tempurung ini terdapat satu tempat atau kawasan yang sejuknya seolah-olah anda sedang guna penghawa Dingin....