Tuesday, 14 August 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR IPD


Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia kepada semua pelawat yang dikasihi sekalian. Izinkan saya buka bicara dengan serangkap pantun... 


Ke Sri Gombak bersama - sama,
Berkumpul di hadapan tangga,
Segeralah berbuka bila waktu tiba,
Sunnah dengan yang manis rasa



Tanggal 13hb Ogos 2012, saya telah menyertai satu aktiviti berbuka puasa yang dicadangkan oleh salah seorang bekas pelajar IPD sesi pengajian Oktober 2009. Oleh kerana sesi pengajian Julai 2012 juga terdapat cadangan yang sama, maka aktiviti ini telah di gabungkan. Kami telah berkumpul di hadapan Institut Pelancongan Dian Sdn Bhd tepat jam 6.30PM. Setelah keseluruhan perserta dalam aktiviti ini mencukupi kami bertolak ke Restoran Malaya Steamboat yang terletak di Sri Gombak Kuala Lumpur. Tepat Jam 7.00 Malam kami sampai dan mendapatkan tempat duduk yang telah ditempah. 


GAMBAR BERKUMPULAN 

Dari Kiri Belakang : Syazwan,Moliy,Salaha,Izzat & Hana 

Dari Kiri Depan     :  SyafiQah,Aishah,Farahin,En.Azmi, Syamira,Hasanah & Cik Syafy 

Galeri 




Apa yang dapat dilihat adalah Cik Moliy yang tak larat nak bangun dan Cik yafy yang kekenyangan,,, He he :P






Hana,Moliy,Farah & Mira








HANA  : SEDAPNYA AISKRIM
MOLIY: JAP NAK FOKUS KAT IJAT
FARAH : CUTE  NYERR IJAT,,, HE HE
MIRA  : HAUS AKU TENGOK KAMERA NI,,,,


Hasanah, Izzat,Cik Syafy & Aishah 














HASANAH : ISH,,, TAH APE - APE ENTAH DIA ORANG NIE

IZZAT : UNTUNG2 BOLEH NAIK CIKARO 

AISHAH : MESEJ HASSAN LAGI BAIK 

Hehe!!

MIRA : AKU PASRAH JER,,, ABIS AISKRIM AKU FARAH ABISKAN,, HIK HIK :(





















Perhatian : Ini adalah salah satu cara saya memperkenalkan blog saya. Jutaan terima kasih kerana melawati blog saya. untuk pengetahuan kalian,terdapat lebih daripada 40 keping gambar akan tertera di dalam album Majlis Berbuka Puasa 2012. 



Sebagai menutup tirai persembahan saya. ingin saya ungkapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa & Selamat Menyambut Aidilfitri bagi tahun 2012 Masehi. Semoga Ukhwah persaudaraan diantara kita dikekalkan hingga ke akhir hayat, InsyaAllah. 

Sekian terima kasih 

Mohd Nor Azmi 
Kuala Lumpur

Monday, 13 August 2012

Bonda,,, Dalam Kenangan 1957 – 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera,,,,


Kasihnya Ibu membawa kesyurga, kasihnya saudara masa berada, kasihnya bapa rela binasa,,, begitulah seperti yang dijanjikan bahawa setiap apa yang kita ada di atas muka bumi ini hanyalah bersifat sementara sahaja.


Allah menguji ku apabila insan yang aku sayangi  iaitu Allahyarhamah Bonda Siti Bt.Abd Kudus,  menyahut seruan illahi pada 25hb Julai 2012,Rabu Jam 10.30PM bersamaan dengan 5 Ramadhan 1433 Hijrah. Semoga Allah mencucuri rahmat keampunan keatas Rohnya.

Alhamdulillah,, Sesungguhnya aku Redha atas pemergiannya. Dan kini aku begelar yatim piatu,saat ku belum puas untuk berbuat baik dengan nya.Setelah 19 hari beliau kembali kepada pencipta, ku catitkan di dalam blog ini sebagai satu cerita bukan cereka. Lagipun seawal pemergian beliau,aku bagai hilang sebuah kehidupan dan hilang kata – kata untuk berbicara. Apa yang ku lakukan hanyalah berdoa kepada yang maha berkuasa agar diberikan kekuatan berterusan. InsyaAllah.

Yelah kan yang pergi meninggalkan diriku bukanlah ibu saudara tetapi ibu kandung ku sendiri yang pernah bertungkus lumus membesarkan aku ,memberikan ilmu pengetahuan serta yang menjadikan aku siapa di atas muka bumi Allah yang terbentang luas ini. Masakan boleh aku lupakan kenangan bersamanya  dengan hanya sekelip mata? beliau yang telah banyak berjasa,berkorban jiwa dan raga demi kebahagiaan & kejayaan yang ku miliki sekarang…

Macam mimpi sahaja,, Allah berikan kepada ku seorang Ibu sebagai pinjaman di dunia selama 27 tahun sahaja. Lantaran peristiwa pahit penuh dukacita itu,aku terduduk dan terdiam seribu bahasa,kerana harapan ku bersama adik beradik yang lain amatlah tinggi. Tidak putus ku meminta dari yang maha berkuasa agar doaku dimakbulkan,mengubah derita kepada bahagia,mengubah mimpi- mimpiku menjadi nyata, mengubah kesedihan kepada gembira agar dapat ku teruskan untuk mengukir kenangan bersamanya,,, Namun kasih Allah terhadapnya adalah melebihi kasih kami terhadap bonda.

Sinopsis Peristiwa 3hb Mei hingga 25hb Julai 2012

“Bermula dari awal bulan lima (5) Bonda jatuh sakit dan dimasukkan ke wad bagi tujuan rawatan. Dengar sahaja khabar dari adik ku, aku pulang menemuinya.. menitis airmata ku ini dan tertanya – Tanya kenapa bonda berada di sini? Seminggu aku menjaga nya dan dibenarkan keluar, aku pulang semula ke Kuala Lumpur. Seminggu kemudian,, Bonda perlu untuk dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat daripada sesak nafas yang dialaminya. Tetapi aku tidak pulang, maklumlah dengan kos kepulangan tambahan pula cuti yang hampir habis diambil, setiap hari aku dapat bercakap dalam telefon dengan nya. Apabila tamat buat panggilan telefon, pasti aku tersenyum puas dapat mendengar suaranya. Seminggu selapas itu,, bonda “mamai” dan ingin berjumpa dengan semua termasuk aku… dapat panggilan telefon pada pukul 6.00 pagi, bonda seakan nazak. Aku bergegas pulang ke Melaka untuk dia yang amat ku sayangi… itulah detik terakhir aku dapat bercakap dengan nya. Pada ketika itu aku Redha,atas apa yang bakal berlaku. Aku sempat memohon ampun dan maaf ,minta halal apa yang lebih dan apa yang kurang,kerana aku takut  jika aku tak dapat lagi bertemu dengan dia… aku pulang ke Kuala Lumpur semula.Seperti biasa aku akan bertanya khabar melalui panggilan telefon. Masa yang diberikan adalah dua (2) minggu sahaja. Dapat lagi perkhabaran yang mengatakan bonda di masukkan ke Wad kritikal pada 19hb Julai 2012 iaitu sehari sebelum umat islam berpuasa pada 21hb Julai 2012, Sabtu. Hiba rasa hati menyambut Ramadhan dengan ujian yang besar dalam hidup aku. Aku pulang ke Melaka,Malangnya aku tidak dapat bual bicara bersama bonda. Tujuh (7) hari bonda berada di Wad Kritikal, tanggal tarikh tersebut, peristiwa penuh duka dan tangisan,, Bonda menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Melaka tepat jam 10.30 malam. Ketika itu, aku dalam perjalanan pulang akibat mendapat berita daripada pegawai perubatan yang mengatakan bahawa jantungnya boleh berhenti pada bila-bila masa.Menggigil tubuh ini,apabila pulang dan sampai di halaman rumah melihat bonda terbujur dan pergi tak akan kembali” Perginya tinggalkan pelbagai peristiwa manis dan pahit, suka dan duka.. perginya pasti tak kembali..(: Perginya kerana di jemput olehNYA. Termenung,terduduk,terbenyuk,duka,hiba itulah yang kurasai sehingga kini.Apa yang tinggal adalah kenangan bersamanya,sesuci kasihnya,seteguh peribadinya yang sabar,sopan, tolak ansur, sentiasa mengalah, Sentiasa redha atas apa yang telah ditentukan.Tidak mungkin aku lupa,curahan kasih sayang yang tidak berbelah bagi yang telah dicurahkan,usaha dalam melahirkan aku,mendewasakan aku dan menjadi kan aku seorang manusia yang berguna diatas muka bumi ini. Alhamdulillah,,, keringat dan airmata nya menjadi saksi bertapa agung kasihnya ibu kepadaku.

"Bonda,,,, Setulus kasihmu dan seteguh cintaku padamu,,,Sesengguhnya aku adalah anakmu yang sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu di dunia dan diakhirat,, itulah tanda kasih ku berpanjangan selagi hayat ku hidup atas muka bumi tuhan yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini.Sebesar pengajaran dan sejuta keinsafan diri,yang lahir dari hati untuk coretkan jasamu dan peristiwa manis dan pahit selebihnya kekal di dalam sanubari selama engkau dipinjamkam kepadaku, agar menjadi ingatan sepanjang hayat. Sepatah doa yang mengiring diri menjadi pedoman dihari kemudian"

Sesungguhnya apa yang berlaku semestinya diluar jangkaan aku sebagai hamba yang miskin lagi hina tetapi aku tidak pernah menyekutukan MU dengan tidak beriman terhadap Ketentuan MU. Semoga Bonda Aman disana… (:

AL-FATIHAH

Ya Allah,Ya Rahhman, Ya Rahiimm,,,

Sesungguhnya Kau Lah Tuhan yang aku sembah dan tempat aku meminta pertolongan dan perlindungan darimu,,

Ya Allah, Kau Ampunilah segala dosa-dosa ku,dosa – dosa kedua ibubapaku, dosa saudara ku,
Kau cucurilah Rahmat keampunan mu ke atas Roh Allahyarham Ayah & Bonda ku Madom bin Husin & Siti bt. Abdul Kudus.. Kau Lapangkanlah kuburnya dengan seluars-luasnya, kau sinarilah kuburnya dengan nur dan cahaya darimu ya Allah,,, dan kau jauhilah mereka dari azab kubur. Sesungguhnya Kau lah tuhan yang maha pengasih lagi maha pengampun…
Aamiinn Ya Rabbal Alamiinn,, (:

DALAM KENANGAN,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,(:

                        Peristiwa nie bagaikan kan baru semalam berlaku,,, Subhanallah,,, (; 


 "Sebelum Bonda Jatuh sakit,aku teringin sangat nak makan kuih ini.Jadi dia buatkan untuk kali yang terakhir untuk ku,,,, dia tak bagi ambil gambar, tapi aku ambil gambar kenang - kenangan,,, takmungkin aku dapat rasa lagi air tangan nya"


Sambutan Hari Ulangtahun Kelahiran bonda yang ke 55 tahun. Di Restoran Ikan Bakar Alai, Melaka.Ini lah Sambutan Hari Ulangtahun kelahiran yang terakhir dan "birthday Cake" yang aku sediakan untuk meraikan bonda. Rupa-rupanya kek dan smbutan tersebut adalah yang terakhir buat kami.


Merupakan Gambar Terakhir Allahyarhamah Bonda Tercinta

Bingkisan Hatiku!!

Kita selalu terlepas pandang kerana kecuaian dan kelalaian,, apabila ianya berlaku,kita akan mengamit semula noltagia itu lalu kita meratapinya dan menyesalinya.

Sememangnya kita sentiasa belajar daripada segala kesilapan yang telah kita lakukan,biarpun dalam masa yang sama kita belajar untuk tidak  melakukan kesilapan

Kita kerap terbayang kenangan semalam dan kelmarin, kerana sedang ia berlaku,,, 
kadang - kadang kita gagal untuk mensyukurinya. 

Sekitar suria yang menyinar,hadirnya mendung meliputi cahaya
Di sebalik senyum tawa dan riang,timbul tangis hiba tatkala Aidilfitri 1433H menjelma
Sekelumit hati ku yang pasrah dan akur, menerima dengan hati yang terbuka atas apa yang berlaku

Tetapi enggan kunafikan bahawasanya 
Hilangnya Bonda tidak lagi diganti. 
Hilangnya Bonda adalah merupakan satu kehilangan yang besar alam hidupku,
disaat aku dan dia bersatu...

Ya Allah Kau Ampunilah Segala Kekhilafan Bonda Ku Yang Amat Ku Cintai
Mohd Nor Azmi
Kuala Lumpur