Assalamualaikum & Salam Sejahtera,,,
"Ya Allah,Ampunilah segala dosa -dosa ku, dosa kedua ibu bapaku,dosa saudara ku, dan semua dosa kaum muslimin & muslimat tidak kira samada hidup ataupun yang telah meninggal dunia..
Ya Rahman,, kurniakanlah kepada kami kesejahteraan yang tidak terhitung,, panjangkanlah umur kami,dgn nikmat kesihatan yang baik,, jauhilah diri kami daripada kemungkaran,, peliharalah diri kami daripada kesedihan berpanjangan,murahkanlah rezeki kami
dan peliharalah IMAN kami,,, sesungguhnya hanya kau sahaja Tuhan yang mendengar rayuan kami ini
Ya Rahhim perkenankanlah doa kami Aamiin"
Ya Rahhim perkenankanlah doa kami Aamiin"
Khas Buat Mu Yang Teristimewa
Bukan intan bukanlah permata,
Hanyalah kaca penuh sepi,
Selamat sejahtera sihatlah hendaknya,
Pantun di kirim tanda ku mengingati.
Selat Melaka lautnya tenang Di situ tempat perahu bugis,
Orang yang jauh jangan dikenang,
Jika dikenang pasti menangis,, :(

Semoga mereka yang mendahului diri kita semua
kaum muslimin & muslimat dicucuri rahmat keampunan daripada Allah SWT.
Bertemu kita kembali setelah sekian lama saya menghilangkan diri,, saja mencari ketenangan... lagipun tidak ada apa yang saya nak dedahkan. tambahan pula saya sedang sibuk memperbaiki diri supaya sentiasa menjaga peribadi kelihatan unggul dan terulung,, InsyaAllah. Alhamdulillah saya di beri kekuatan untuk semuanya. dan bernafas seperti biasa serta melihat apa yang terhampar di atas muka bumi Tuhan ini.. Sebenarnya sengaja saya selindungkan segala keperitan dan kesedihan dengan senyuman sinis sepanjang hari,,, Apapun saya kena rempuh, rentas dan menyeberangi. Untuk yang paling saya cintai sekarang,,,
"Apa Khabar mu di sana? Semoga cinta kita bersatu di fana ini InsyaAllah"
"Apa Khabar mu di sana? Semoga cinta kita bersatu di fana ini InsyaAllah"
Hari yang kedua puluh (20) dalam tahun 2013,,, Saya seperti dulu,,, cuma saya meneruskan hidup ini dengan bayangan lepas walaupun saya tahu kenangan bersama mereka tidak akan boleh diukir lagi,,,
Sehingga satu masa di hujung tahun 2012 yang lalu,, saya ke Jalan Masjid India.Kelihatan ramai ibu bapa bersama anak - anak sedang sibuk mengatur
langkah bagi menyediakan peralatan ke sekolah seperti alat tulis,
buku, baju seragam, kasut, beg... kalau boleh semua nya serba baru...
yang mungkin tergambar di minda ibu bapa bahawa ianya merupakan semangat kepada anak - anak agar rajin belajar.
Subhanallah,,,
Terpalit di ingatan,, begitulah kasih mereka terhadap saya kan? Sentiasa memastikan agar saya mendapat pendidikan yang sempurna untuk berjaya di atas dunia ini,, bagi saya makan dan minum. ikat perut bagi duit belanja kepada saya untuk ke sekolah. yang ibu pula sibuk membuat kuih jualan segalanya untuk saya dan adik beradik yang lain... Subhanallah,,, Belum sempat & puas saya balas segalanya mereka telahpun di jemput ilahi... Meninggalkan segala yang terhimpun dan terkumpul. seruan nya pasti sesaat pun tidak kenal simpati mahupun siapa sahaja yang menyayangi nya..
Kepada anda yang masih ada ibu dan ayah,,, ketahuilah "manusia tidak akan puas dengan kesempatan & peluang yang diberikan!Berjasa lah kepada mereka berdua selagi hayat mereka di kandung badan,,, biarpun puas kita rasakan jasa itu sebagai balasan kepada mereka berdua,,, tiba masa & saat mereka tidak lagi disisi,, kita tidak puas untuk semuanya yang telah kita curahkan,,, jangan jadi seperti saya yang tidak ketahui sampai bila saya yang merenung jauh gambar mereka,,yang sentiasa menangis bila mengingati jasa mereka, yang sentiasa terasa hati cemburu bila melihat orang lain masih mempunyai mereka berdua...
Awal 2013,,, saya pula sibuk buat persediaan menyusun segala tindakan malah memperbaiki kelemahan bertafakur dan muhasabah diri sesungguhnya sehebat mana pun kita,jangan lupa dan alpa bahawa terdapat kelemahan yang perlu di perbaiki. dalam masa yang sama saya teruskan usaha mencapai segala hasrat yang tercipta bagi menerajui segala yang tidak tercapai pada tahun lepas,, justeru saya memanjatkan doa kepada pencipta agar segalanya di permudahkan InsyaAllah. Bukakah DIA berhak akan setiap sesuatu? Lantaran itu saya berserah segalanya.

Bagi mengakhiri pena ini,, akhir kata dari saya yang hujungnya saya sertakan enam(6) "profile picture" sepanjang tahun 2012 untuk di muatkan sebagai "Preview 2012" dan rasanya tidak terlewat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru Masehi 2013. Semoga kalian sentiasa berada dalam limpahan rahmat dari NYA dan semoga segala yang kalian impikan menjadi kenyataan, tercapai dan terus mengukir kenangan terindah dalam kehidupan... Ketahuilah,,, berkali saya katakan bahawa kehidupan ini penuh kejutan,, kadang kadang sengaja Allah bagi kita hujan, ribut dan petir,, bersyukurlah kerana kesyukuran yang dipanjatkan Allah akan bagi kita pelangi yang sangat indah tidak terhitung... Sesungguhnya kasih Allah melebihi segalanya,,,
Tanya lah pada diri kita sendiri... pernahkah kita jadikan masa lampau sebagai pengajaran? Renungkanlah.Sekian Terima Kasih
Tanya lah pada diri kita sendiri... pernahkah kita jadikan masa lampau sebagai pengajaran? Renungkanlah.Sekian Terima Kasih