Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
Perkhidmatan
aku di IPD S/B telah ditamatkan secara tidak rasmi pada 30 Jun 2015. Aku masih
lagi menyebut tentang perkara ini,bukanlah kerana aku tak redha,jauh sekali
tidak rela,tetapi ianya tragis bila mana berlaku penindasan terhadap diri
nih...Siapa sangka seorang pensyarah macam aku nih yang hanya meletakkan
tandatangan di atas kertas kerja pelajar,yang seringkali menggunakan pen
merah,yang menulis nota pembelajaran di papan putih,tak cukup dengan itu,
seorang insan kerdil yang diiktiraf dalam direktori pakar industri Negara,lantas yang membangunkan modul pembelajaran di ipd selama lebih 5 tahun
tepaksa pasrah untuk mengangur. Jumlah hari aku mengangur adalah selama 45 hari cukup membebankan
hingga habis duit simpanan semasa dikeluarkan untuk biayai segala bentuk
liabiliti dalam menjalani hidup yang panjang ini. Terus terang aku
katakan tidak ada saudara yang sudi membantu,apatah lagi kawan-kawan. Mungkin
ekspresi wajah aku yang ketika itu dirundung duka sepatutnya diselubungi kebimbangan
mampu melemparkan senyuman kepada semua orang sambil berbisik dalam hati bahawa
Allah itu sentiasa ada untuk aku.Nak tahu lagi? Ketika itu, kereta aku hampir
kena tarik kerana kelewatan bayaran. Aku cukup tertekan pada ketika itu.Kekangan
tersebut hingga menerbitkan rasa benci yang teramat kepada pihak pengurusan IPD
S/B kerana melakukan sedemikian kepada aku. Aku nak semua orang tahu tentang
perkara ini. Bukan nak mengaibkan,tetapi lebih kepada luahan hati tika aku
masih tidak redha & rela ditamatkan perkhidmatan serta merta.Rentetan
tindakan itu, atas sebab marah yang teramat, aku mengheret perkara itu ke
pejabat buruh. Aku amat sedih dan kecewa bila mana pejabat buruh pun, keadilan
tidak berpihak pada aku. Kalau nak cerita hal pejabat buruh, panjang lagi entri
nih.Jadi aku akan ceritakan hal pejabat buruh di entri akan datang dengan
izinNya.Tambahan aku berhasrat nak sebut semula kes tersebut.Masih dalam anganku. 8 tahun 4
bulan aku berkhidmat disana adalah satu jangka masa yang panjang.Aku antara
pejuang yang selalu menyelamatkan struktur pembelajaran di IPD dan terdapat
undang-undang yang dianggap sebagai penindasan kepada pelajar,tetapi aku
berdiri disebelah organisasi. Ketika aku
berkhidmat, akulah yang melaksanakan undang-undang tersebut tanpa kompromi. Diplomasi
dalam komunikasi juga di praktikkan agar tidak berlaku kejatuhan IPD. Risiko
bila mana melaksanakan undang-undang dan disiplin terhadap pelajar IPD aku anggap
ianyanya sebahagian tanggungjawab aku. Fikir aku,biasalah bila berjuang tak
dapat tumbuk muka aku, kereta aku pun jadi mangsa. Tapi Alhamdulillah,aku boleh
dikatakan berjaya menjadi seorang pendidik yang berdedikasi. Inilah perjalanan
kerjaya di IPD. Macam-macam aku buat untuk IPD. Sampai ada yang cakap aku nih anak
kepada Haji Ibrahim. Setia & taat tuh prinsip aku sejak dahulu.Baik panjang lagi cerita IPD nih plak.. Hehehe..
Ketika
sibuk mencari kerja di kota besar nih, aku memohon banyak kerja. Antara bidang
keutamaan adalah pendidikan kemahiran. Maknanya jika mana-mana kolej yang
membuka peluang kerjaya dalam bidang kemahiran diberi keutamaan pada aku untuk
memohon sebarang jawatan. Dalam masa 45 hari yang aku lalui bermula dari
puasa pertama lagi, aku telah mula mengoperasikan pengedaran 'curriculum
vitae'. Mana-mana syarikat yang memanggil utk temuduga aku hadir temuduga
tersebut & mengisi borang permohonan tanpa rasa malu sedikitpun. Aku hampir
menjadi seorang pengurus restoran makanan segera. Aku juga hampir menjadi
seorang pengurus stesen lrt. Aku juga hampir menjadi pemandu tren lrt. Aku juga telah menjadi seorang ‘housekeeper’ bila mana aku menerima
tawaran kerja yang bertajuk 'Assistant Front Office Manager', tetapi bila aku
hadir lapor diri berlaku perlaksanaan deskripsi tugas yang lain. Selain
daripada tuh, aku telah ditawarkan menghadiri temuduga sebagai pensyarah di Reliance
College , Perfect Tourism Center, Geomatika International College, dan ada satu
lagi kolej yang berhadapan Geomatika tuh, aku dah tak ingat dah apa namanya
kerana aku mendapati bahawa pengurusan kolej tuh mempunyai hubungan intim
dengan IPD. Oleh kerana itu aku yang tolak tawaran yang gah tersebut kerana
memikirkan untuk jangkamasa yang panjang. Semasa sesi temuduga di Reliance
College aku buat sehabis baik, menepati kehendak dua belah pihak. Tetapi
disebabkan tangga gaji yang agak rendah untuk orang yang berpengalaman seperti
aku,membuatkan aku berfikir dua tiga kali untuk menerima tawaran dari Reliance College. Maka Bermulalah coretan aku di RHA S/B dimana sebelum pulang berhari raya aku telah menghantar permohonan sebagai tenaga pengajar secara pos kepada pihak RHA S/B
Berkat
ketabahan & kekuatan yang Allah taala kurniakan kepada aku yang lemah dan
tak berdaya ketika itu, aku telah dilamar oleh RHA S/B. Aku hampir lupa tentang
permohonan tersebut. Sebab terlalu banyak permohonan yang aku buat. Tanggal 10
Ogos 2015 aku telah hadiri temuduga di RHA S/B kehadiranku penuh makna buat mereka.
Meraka yang cakap bukan aku cakap. Sebagai pengenalan, RHA S/B adalah sebuah
kolej yang menjalankan program pembelajaran peringkat diploma. Diploma tersebut
adalah dianugerahkan oleh IATA daripada Canada. Mereka yang aktif dalam bidang
pelancongan mesti tahu tentang IATA. Kolej yang diberi lesen untuk menjalankan
program IATA hanya tiga (3) sahaja dalam Malaysia nih. Salah satu daripadanya adalah RHA. Untuk
tujuan seterusnya boleh lah layari laman sesawang www.rha.edu.my. Hehehehe
Setibanya
aku hadir untuk sesi temuduga yang santai dan tidak terlalu ketat seperti
sebelum-sebelum nih, Pengarah yang menemuduga aku. Riak wajah dan situasi temuduga
bagai menganggap aku nih merupakan kawan-kawan beliau bukan sebagai calon
pekerja. Aku diminta untuk buat satu persediaan pembelajaran dalam bentuk
microsoft power point. Aku tersenyum bila menerima cabaran yang tak berapa
mencabar tuh. Lalu aku percepatkan pembentangan yang sepatutnya diadakan pada
minggu seterusnya kepada satu tarikh yang mulia iaitu 14 Ogos 2015 / Jumaat jam
11 pagi. Pengarah bersetuju dengan tarikh yang aku cadangkan.
Aku
balik kerumah dengan titik redha dan pasrah. Dan terus membuat persediaan yang
mantap untuk tugasan tersebut. Pada 14 Ogos 2015 aku mula rasa bedebar debar.
Rasa tuh tak sama seperti temuduga dan hari-hari yang aku lalui sebelum nih. Aku
pun meneruskan sesi pembentangan tersebut seperti yang direncanakan. Antara yang hadir dalam sesi
pembentangan tersebut adalah Pengarah, Pengarah Urusan, Pegawai Sumber Manusia,
Pegawai Akaun, & rakan2 sejawat untuk menyaksikan pembentangan tersebut
seterusnya menentu sahkan kelayakkan aku menyertai RHA dalam jabatan akademiknya. Tajuk aku senang je.
Aku buat tajuk 'Introduction To The Air Fares & Ticketing'. Alhamdulillah
sesi tersebut berjalan lancar. Aku menemui pengarah yang menunggu di biliknya bagi mengucapkan
kata akhir. Akhirnya beliau memutuskan bahawa, aku diterima bekerja dan tarikh
aku melaporkan diri pada 17 Ogos 2015/ Isnin. Alhamdulillah…
Kini hampir setahun aku bersama dengan RHA S/B. Aku terus melangkah kehadapan
tanpa melupakan terus apa yang terjadi semalam. Dalam hatiku terus berkata akhirnya aku nih berkerja juga
dibawah organisasi yang diterajui oleh orang bukan melayu :). Aku senyum melihat diriku sendiri saban hari dihadapan cermin. Dan
aku tanya layak kah mereka dijulang? Siapa mereka? Mereka yang aku maksudkan
adalah terdiri dari bangsa aku sendiri. Layakkah mereka mendapat tempat dalam hati
aku? Kesakitan di masa lalu sememangnya memberi impak pada masa kini. kalian lihatlah aku hari nih dan bandingkan dengan dahulu. Semestinya aku akui aku pernah kutuk secara terang terangan bangsa aku sendiri,pada ketika itu,ramai yang mengecamnya. Tak kurang juga yang cop aku nih 'racist'. Aku punyai pendirian. Hari nih aku terus mengiyakan setiap kutukan terhadap orang melayu.Jika ada yang mengatakan bahawa orang melayu tak pandai berniaga, maka betul lah apa yang mereka katakan.dan aku rasa banyak yang telah dibuktikan.
Kalian
bacalah apa yang tersurat dan fahamkan betul-betul apa yang aku mahu sampaikan. Di
sini, aku belajar banyak perkara. Aku seperti dahulu juga dibebani tugas yang
bertimbun,tetapi dalam timbunan tuh penuh pengisian. Aku tidak sembang ketat-ketat,tapi
habuk pun tak ada. Aku belajar bagaimana nak dapatkan peluang.Bagaimana nak
mengatasi masalah dari satu peringkat ke peringkat seterusnya. Aku belajar
menerima dan mengatasi masalah persaingan. Yang paling penting kat sini aku
belajar macam mana nak menguruskan kolej dengan lebih lanjut. Aku akui di IPD
S/B pun aku belajar tapi nilainya terlalu sedikit berbanding disini. Di sini,
masing-masing jaga diri sendiri. Masing-masing berkorban jiwa raga untuk majikan yang
akhirnya di akhiri dengan pelbagai program insentif. Di IPD ? Hanya cukup sekadar gaji yang diterima setiap
bulan, jauh sekali mensyukuri apa yang diberi Tuhan. Aku cakap benar. Ramai
cakap, aku antara orang yang berani apabila aku mengheret isu tamat
perkhidmatan ke mahkamah buruh. Banyak lah cerita tentang IPD.Maklum 8 tahun 4 bulan punya cerita 100 entri pon belum tentu tamat kesudahannya. hahaha
Acap
kali aku ucap syukur atas nikmat ini...Alhamdulillah. Betul kata setiap
falsafah tentang kesabaran yang dipapar melalui media sosial. Tetapi Aku tetap ingin rakamkan kisah 45hari nih dalam blog nih
sekadar untuk mengingatkan kepada semua pembaca. Cuba tanya diri sendiri apakah
pengajaran tersurat & tersirat yang boleh didapati melalui cerita aku
nih?
Setiap
langkah hiba dan dukacitaku ketika itu,dalam diam aku memupuk redha. Betul kata
mereka Ada perkara dalam hidup ini tak patut kita perjuangkan. Ada perkara
yang patut kita lepaskan.Aku tetap menitip doa buat mereka walaupun masa lalu
memberi kesan hingga ke hari nih pun. Kepada rakan sejawat, yang pernah duduk
semeja dengan aku, yang pernah berkongsi rasa makanan dengan aku, yang pernah
mengalami kegetiran & kepayahan bersama kesan dari kebodohan pihak tertentu,
harapan aku cuma satu, ukhwah yang terjalin erat ini diteruskan. Andaikata ada
diantara kalian yang terbalik hati dengan aku atau berbeza pendapat tentang
ini, terus terang aku katakan bahawa aku tidak hairan walau sebesar kuman sekalipun.
Akhir
kalam untuk entri nih,suka untuk aku ingatkan bahawa tulisan ini bukan untuk
aku jatuhkan ipd s/b, bukan untuk aku jatuhkan orang melayu, bukan untuk aku
katakan aku bagus apatah lagi memperkecilkan sesiapa sahaja yang aku sebut dalam entri
nih. Entri ini juga tidak ada kaitan dengan isu jatuhkan sesiapapun,atau mana2 persatuan sekalipun. Ianya sekadar pengalaman hidupku buat julung kalinya dalam sejarah kerjaya
aku sebagai pensyarah. Aku menganggap ianya dugaan buat aku. Dan ianya juga menunjukkan aku nih jujur, bila mana aku mengutuk orang melayu dalam entri ini anggaplah sebagai rencah yang sedap dimakan dan menjadi darah daging . Hakikatnya inilah perjalanan 45 hari yang buat aku serik. Tak ada apa yang aku
sembunyikan. Kisah ini adalah benar. Aku menulis bukan untuk mencari publisiti jauh
sekali meminta simpati atau empati. Tetapi aku tulis kerana aku ingin berikan
pengajaran buat semua yang menjengah halaman ini. Dalam apa-apa hal yang berkaitan berhati-hatilah dalam kerjaya yang diceburi. dalam sesebuah pejabat atau tempat kerja,bukan semua menyukai apa yang kita lakukan. Aku berpegang kepada prinsip kita tak boleh paksa orang suka dengan cara kita bukan bermakna kita tak boleh sumbangkan idea. Yang keduanya jangan terlalu setia sangat. Aku sekarang memang menyesal sampai sekarang. Senyum je lah.. Dalam masa yang sama sentiasa berusaha gigih bagi pertahankan apa yang kita suka untuk lakukan dalam hidup ini.
Aku hampir keluar dari bidang keutamaan aku, tetapi Alhamdulillah aku masih
bertugas dan meneruskan kerjaya aku yang dahulu.Dan apa yang aku boleh bagi tahu, buatlah sesuatu itu dengan gigih. Aku memang macam nih. selalu nak buat yang terbaik kalau perkara tuh aku suka. Ini bermaksud kalau tengok aku buat sambil lewa ja tuh maksudnya aku tak suka lah tuh.huhuhuh
Kadang-kadang dalam setiap
perkara yang kita tak nak berlaku, kita terpaksa menerimanya. Ada perkara yang
kita tak nak ambil tahu pun, kita terpaksa mempelajarinya.Semoga yang baik dijadikan
pengajaran & yang buruk itu dijadikan sempadan. Dengan sesungguhnya bila tuhan itu tidak memenuhi apa yang kita hajati, Bukanlah bermaksud DIA membenci, tetapi ada perkara yang perlu kita fahami...
Salam
sehati sejiwa, semoga bertemu di entri seterusnya.