Friday, 10 March 2017

'Radang Saraf Wajah Bukan Stroke'



Bismillahirahmanirahiim
Assalamualaikum & salam sejahtera.

Ingatlah sesungguhnya tidak ada sebarang syarat untuk kita semua mati. Sakit yang kita hidapi tuh bukanlah syarat utk kita mati hari nih esok atau pada bila-bila masa yang telah ditentukan oleh pemilik agung Allah Azzawajalla. Kesempatan nih juga saya ingin nyatakan bahawa akaun facebook terbaharu saya tak macam dahulu.Kerana akaun facebook dahulu dipenuhi dengan banyak cerita tentang saya. Saya rasa boleh kira lah cerita peribadi dalam fb baharu nih.. Hehe jumlah rakan fb pun tak macam akaun dahulu cecah 4000 lebih. Saya bukan sebuah pesawat terbang bila hilang satu dunia yang akan cari. Apabila misi pencarian itu gagal,mereka menangis.


Saya juga bukanlah orang penting dalam mana-mana organisasi. Tak kira lah organisasi politik atau badan-badan swasta .Keadaan kini jauh sekali berbeza jika nak dibandingkan dengan masa lalu yang meninggalkan. Bila ingat balik tentang masa lalu yang banyaknya menghancurkan atas apa yang dibina,kini saya ada sedikit sahaja perasaan sakit hati dengan orang-orang melayu. Kita selalu cakap tentang peribahasa,kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Begitu lah apa yang saya praktikalkan berdasarkan prinsip tidak akan mengalah sampai bila-bila. Ok berbalik pada tujuan saya ‘update’ blog saya ini,bukanlah nak kutuk orang melayu.tapi saya nak cerita tentang sedikit pengalaman atas ujian terhadap kesihatan yang dianugerahkan.


Hari nih manapun saya pergi ramai yang menyangka bahawa saya nih saban hari mampu menjalani hari tanpa masalah2. Hakikatnya disebalik senyum tawa gembira terlindung dengan kesedihan atas segala alasan yang tercipta. Macam-macam saya lalui bagi meraih hidup yang berkualiti.terutama dari aspek kesihatan. Sampai ada ketika saya merungut dengan berkata : Lepas satu,satu,,, lepas kaki,tangan pula yang sakit, lepas tuh mata plak pastu muka pulak yang senget… Entahkan ada umur ke tidak waallahualam.


Semalam 9 Mac 2017 terjawab sudah kes saya di Hospital Besar Kuala Lumpur. Pada 19 Januari lalu,saya mengalami dan disyaki mengidap stroke pada wajah.kelihatan wajah Ramai yang tak dapat lihat saya ketika itu.hanya ahli keluarga sahaja yang tahu. Wajah saya mereng/senget disebelah kiri lalu sukar untuk saya berkomunikasi secara lisan sesempurna sebelum ini. Jabatan pesakit luar HKL ketika itu telah membekalkan ubat kepada saya yang diambil sekali sehari 6 biji sebelum tidur. Doktor ketika itu telah mengarahkan saya untuk rujuk pakar neurologi .Saya pulang kerumah dengan seribu perasaan bimbang dan sedih. waktu tuh saya telah menghantar berita ini kepada adik saya.Secara kebetulan adik saya bantu saya untuk search tentang ubat apa sampai 6 biji tuh saya kena makan. Saya ambil ubat tersebut selama 5 hari.


Alhamdulillah akhirnya pulih seperti biasa. Oleh kerana perasaan takut jika berulang kembali saya menghadiri temujanji bersama pakar di klinik Neurologi seperti yang telah ditetapkan. yakni pada 9 Mac 2017. Doktor memeriksa saya keseluruhannya dan mengesahkan bahawa saya mengidap penyakit 'bell's palsy'. Dan telah pulih sepenuhnya. Disebabkan saya bukan seorang doktor, saya bertanya lanjut apakah itu? Lalu doktor tersebut menerangkan bahawa,



"Penyakit nih adalah sejenis radang saraf muka yang menyerang individu atas sebab jangkitan kuman yang menyerang salah satu saraf dibahagian muka. Dalam banyak-banyak pesakit, encik 1 daripada 1000 yang datang jumpa saya setelah pulih sepenuhnya. Tahniah"
Saya tanya lagi apakah ianya akan berulang? Lalu doktor tuh jawab mungkin tetapi dalam banyak kes tak pernah berulang. Saya tarik nafas lega,dalam masa yang sama masih tak berpuas hati dengan jawapan doktor tersebut. Risau & bimbang tuh wujud dalam benak akal.
Semalam,saya di ‘neurology clinic’ saya dapat melihat pelbagai jenis manusia yang sengsara akibat pelbagai penyakit saraf. Daripada yang kelihatan sempurna hinggalah saya dapat melihat terlalu ramai orang berkerusi roda. Daripada kanak2 hingga ke usia tua. Saya tak tahan sangat,lalu saya pergi ke bilik air meluahkan isi hati mereka yang menderita. Terfikir saya sejenak..nasib saya tak tahu lagi macam mana. :(

Apapun, saya gembira saat ini dan syukur atas nikmat hidup yang diberikan kepada saya.Harapan saya sebelum saya tutup mata, saya nak capai apa yang masih belum capai.kalau saya dah tak ada, apa yang telah saya capai saya nak waris sambung pencapaian saya. Saya punya perancangan macam tuh. Itupun jika tuhan izinkan.
Setelah selesai semalam, Saya pulang kerumah dan mencari bahan bacaan tentang radang saraf wajah ini..Menurut artikel yang saya baca tuh salah satu perkara yang boleh terjadi penyakit nih adalah mandi pada waktu malam,,, Allahuakbar..patutlah Almarhum ayah saya cukup pantang kalau kami antara adik beradik mandi malam. Kalau nak kena maki mandilah malam2... Hahah Semuanya dah pun tinggal kenangan.

Yelah kan saya pernah cakap kepada sesiapa sahaja yang ada dikeliling saya bahawa kalau boleh saya tidak mahu untuk sakit walau demam sekalipun. Kerana jika saya sakit kualiti hidup terganggu, fikiran pun jadi nak cepat-cepat masuk dalam liang lahat tuh. Jadi selagi hidup nih masih diamanahkan, semoga Allah berikan kesihatan yang baik macam dahulu kepada saya.-Aamiin
Saya tulis bukan nak mintak simpati,tetapi saya mahu ajak setiap daripada kita nih yang ada nafas lagi nih bersyukurlah tiap denyut nadi yang dikurniakan. Bersyukurlah kiranya kita ditimpa musibah atau penyakit. Kerana bila kita ditimpa kesusahan dalam apa jua hal & keadaan itu tandanya Allah Taala masih melihat kita dengan kasihnya yang tak perlu untuk kita bayar walau se sen pun. Saya rasa ramai yang setuju tentang apa yang saya katakan nih.





Saya sekadar kongsi,dan berdoalah agar Allah panjangkan umur saya dengan nikmat kesihatan yang baik untuk sisa hidup yang masih berbaki ini..Harapan saya terlalu besar dalam hidup ini.Sahabat -sahabat & saudara yang dikasihi sekalian saya mengakhiri hujah saya dengan sabda junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W






Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:"Tiap-tiap penyakit itu (ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut,maka sembuhlah dengan izin Allah" - (Riwayat Muslim dan Ahmad)